SELAMAT DATANG

Pengalaman, Cetusan Inspirasi!
MOHAMAD ARIFFIN ZULKIFLI

Mudahnya Promosi Produk atau Bisnes Dengan QR Code



By  Unknown     Thursday, January 02, 2014    Labels:,, 

Saya pasti, mesti ramai yang dari anda sudah banyak kali melihat QR Code dimana-mana. Dahulunya, QR Code hanya digunakan pada alat komponen atau produk, bagi memudahkan syarikat mengesan dan menjejak alat komponen atau produk tersebut.

Namun, kegilaan penggunaan QR Code oleh syarikat lain, selain dari pengeluar produk, mula dirasai apabila aplikasi WeChat juga mula mempromosikan penggunaan QR Code, bagi memudahkan rakan WeChat mencari rakan WeChat yang lain. Teorinya mudah, dengan QR Code, anda tidak perlu bersusah payah, mencari dan menaip nama Shaheizy Sam, sambil menunggu aplikasi WeChat loading untuk mencari Shaheizy Sam. Hanya dengan menggunakan Smart Phone anda dan scan QR Code (Shaheizy Sam), anda sudah boleh mulakan chatting dengan Shaheizy Sam, mudah bukan?

Jika kita seorang peniaga yang memerhatikan pesaing kita, mungkin sahaja dalam pemerhatian kita, ramai dari pesaing kita sudah mula menggunakan QR Code bagi memudahkan pelanggan mereka berkomunikasi dengan mereka secara maya. Ini kerana, pesaing kita tahu mengikuti arus zaman moden, tambahan mereka selangkah kehadapan dari kita. Untuk itu, kita juga perlu menyaingi mereka dengan meletakkan perniagaan anda searah arus kemodenan zaman.

Antara kelebihan QR Code:

Alamat Laman Web. Sebelum ini kita perhatikan pesaing kita, mempunyai alamat laman web yang begitu panjang dalam banner promosinya, sebagai contoh: www.restorankmasakankampung.com. Pada kita dan juga pesaing sebagai peniaga, adalah sukar untuk meletakkan aksara yang begitu panjang dalam banner, ia nampak semak. betul? Pada pelanggan pula, mana mungkin mereka suka untuk mengingat aksara yang begitu panjang dan perlu menaipnya untuk ke laman web tersebut, ini merupakan satu kerugian buat peniaga.

Namun, QR Code menjadi solusinya. Aksara alamat laman web yang begitu panjang menjadi sebuah "gambar petak" yang boleh dilekatkan dimana2 sahaja. Tambahan, ia mudah untuk pelanggan, mereka hanya perlu mengambil smart phone mereka, membuka aplikasi untuk scan QR Code laman web anda dan terus ke laman web perniagaan anda, tanpa mereke perlu menaip alamat laman web anda, mudah bukan? Ini merupakan satu keuntungan buat peniaga.

Page Perniagaan di Laman Sosial. Pasti ramai yang daripada anda sudah mempunyai Facebook Page untuk perniagaan anda, itu satu kelebihan buat anda, tahniah! Bagi anda yang belum ada Facebook Page, saya sarankan untuk anda membuat Facebook Page bagi perniagaan anda, jika tidak itu merupakan satu kerugian buat anda kerana tidak memaksimumkan pemasaran terhadap perniagaan anda.

Berbalik kepada QR Code, teorinya adalah sama seperti kegunaan QR Code pada alamat laman web, pelanggan tidak perlu bersusah payah mencari Facebook Page kita di laman sosial Facebook, hanya dengan beberapa klik, mereka temui Facebook Page kita, sudah ada Facebook Page dan QR Code ke Facebook Page, itu merupakan 2x ganda keuntungan buat peniaga.

Pemasaran/Pendaftaran/Kod SMS. Pasti ramai yang daripada kita peniaga, sudah lali dengan pesanan ringkas ataupun SMS, dan SMS juga merupakan satu jalan promosi yang begitu menguntungkan buat peniaga. Kita juga, pasti sudah biasa dengan pendaftaran SMS, kebiasaannya, kita perlu menaip SMS pendaftaran tersebut.

Sebagai contoh: Untuk mendaftar, SMS, QRCODE<jarak>Nama<jarak>No.Kad Pengenalan<jarak> dan hantar ke 88888, nampak mudah bukan? Mungkin mudah kerana ramai yang daripada kita sudah terbiasa. Namun, kerja jadi lebih mudah dengan QR Code, seperti biasa, anda hanya perlu scan QR Code tersebut dan terus menghantar SMS tersebut, nampak lebih mudah bukan? ini merupakan keuntungan lagi buat peniaga.

Gambar dibawah adalah contoh penggunaan QR Code dalam promosi servis format komputer saya,


Saya hanya minta tolong kepada prospek saya untuk scan sahaja QR Code, untuk mendapatkan servis daripada saya, mereka boleh sahaja memilih untuk menghubungi saya secara terus, tetapi dengan QR Code, lebih menjimatkan banyak tenaga dan wang mereka. Menarik bukan?

Kelebihan sudah ada, tetapi mungkin ada yang daripada anda tertanya-tanya bagaimana mahu menghasilkan QR Code ini. betul? Menghasilkan QR Code adalah mudah dan PERCUMA. Ya, betul! Ia percuma, tidak perlukan apa-apa bayaran, hanya perlukan sedikit usaha anda. Boleh bantu saya sedikit usaha anda untuk bantu perniagaan anda? Anda hanya perlu ke website yang menyediakan perkhidmatan membuat QR Code dengan PERCUMA, seperti QR Stuff.

Untuk menghasilkan QR Code, anda hanya perlu ikut 4 langkah mudah, yang disediakan pada laman web tersebut, dan apabila kesemua langkah selesai, klik "DOWNLOAD" untuk memuat turun QR Code Perniagaan Anda dalam bentuk gambar. mudah bukan?


Bagaimana Pula Untuk Membaca QR Code?
 
Untuk Android Smart Phone

Untuk PC/Desktop

Alhamdulillah, sekian sahaja perkongsian Ilmu daripada saya, InshaALLAH dengan sedikit Ilmu ini, dapat membuka ruang minda anda untuk menjadi lebih proaktif dalam menguasai pasaran. Jika ilmu yang saya kongsikan buat anda ini bermanfaat, sila kongsikan juga pada rakan perniagaan lain, biar kita semua bersama-sama maju dalam dunia perniagaan. Alhamdulillah, kita sudah berusaha ke arah kejayaan, selebihnya urusan ALLAH menentukan rezeki kita. InshaALLAH.


Terima kasih kerana membaca. Peniaga Proaktif  Berpotensi Berjaya.
Mohamad Ariffin Zulkifli, CEO Bigwaves International | Pasir Gudang, Johor.

Unknown

He's 25 years old geek, eager to learn about latest and existing technology then inspire others with knowledge. He's entusiast in fields, which related to technology, electronics, computer science, especially in field of Big Data and Internet of Things.

1 comment:

  1. me QR code utk direct ke fb sja kn atau direct contact kita.p klu utk letakkan brg dlm pasaraya mcmna nak buat barcode pla ..start dr skla kecil...

    ReplyDelete


Translate

Contact Form

Name

Email *

Message *