SELAMAT DATANG

Pengalaman, Cetusan Inspirasi!
MOHAMAD ARIFFIN ZULKIFLI

Cara Terbaik Save File Dalam PDF



By  Unknown     Sunday, September 22, 2013    Labels: 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ni, saya nak kongsi kat korang semua macam mana cara yang terbaik dan berkualiti nak save file dari Microsoft Office dalam bentuk PDF. Hari tu, ada kawan2 tanya kat saya, macam mana nak save file Microsoft Word dalam PDF? Saya pun jawablah, "ala, ko pilih save as je", macam gambar kat bawah ni.


Tapi, tak lama lepas tu dia datang jumpa saya balik, dia cakap memang dapat save dalam PDF, tapi tak cantik. Dia pun tunjukkan file Microsoft Word yang dia da save as dalam PDF tu, macam gambar kat bawah ni.


Korang perasan kan, file PDF dalam gambar kat atas ni, dia macam tak sempurna, logo Bigwaves tu macam tak sekata je. Saya pun tanya la dia, ko tau software doPDF? dia jawab, tak tau, software apa tu? Saya jawabla balik, software doPDF ni power, macam printer. Terkejut kawan saya, bila saya cakap software doPDF tu adalah printer. 

Selepas bagitahu kawan saya tu tentang doPDF ni, dia pun download software tu, install dan print file PDF tu dengan senang hatinya, sebab file Microsoft Word dia, yang diprint dalam PDF, guna doPDF tu cantik dan berkualiti, macam gambar kat bawah ni. Korang mesti boleh bezakan kan? Antara kualiti file PDF yang dalam gambar kat bawah ni dengan file PDF yang kurang kualitinya, dalam gambar kat atas ni.


Kalau korang semua nak tahu, doPDF ni bukanlah printer semata-mata, tapi virtual printer. Korang tahu kan virtual tu apa? Kalau tak tahu, virtual ni bermaksud maya, jadi doPDF ni bertindak semacam printer dalam komputer korang (jadi maya la tu kan maksudnya... hehe), dia akan print suma file Microsoft Office korang, tak kira la, Word ke, (macam gambar kat bawah ni) PowerPoint ke, asalkan file tu berbentuk dokumen dan boleh diprint, doPDF boleh printkan file korang tu suma dalam PDF dengan cantik dan berkualiti.



Ha, ni lah dia doPDF, dalam gambar kat atas ni, then korang boleh klik "Browse..." untuk nak simpan kat mana file PDF tu dalam komputer korang. Lepas tu korang terus klik ok dan boleh terus tengok hasil dokumen korang yang telah diprintkan dalam PDF. Kadang2 bukan file Microsoft je yang saya print ke PDF dengan menggunakan doPDF, tapi gambar edit dalam Photoshop pun saya print guna doPDF bila saya nak save gambar tu dalam PDF.

Semoga lepas ni, korang dapat la save file PDF korang dengan lebih cantik dan berkualiti lagi ya.

Jenguk2 la Page Facebook saya ya... hehe, boleh la tolong "like" kan sekali, peace ^_^

Terima kasih. Tolong kawan dalam kebuntuan dan kesusahan, buatlah mereka tersenyum.
Mohamad Ariffin Zulkifli | Peace yo ^_^

Unknown

He's 25 years old geek, eager to learn about latest and existing technology then inspire others with knowledge. He's entusiast in fields, which related to technology, electronics, computer science, especially in field of Big Data and Internet of Things.

No comments:

Post a Comment


Translate

Contact Form

Name

Email *

Message *