Showing posts with label Internet. Show all posts
Showing posts with label Internet. Show all posts
Dalam dunia perniagaan kini, ramai peniaga sudah tidak bergantung sepenuhnya kepada pemasaran konvensional sahaja seperti dahulu. Kehadiran teknologi kini membantu peniaga dalam mempromosi produk mereka secara optimum, seperti di laman sosial yang mempunyai berjuta pengguna pada setiap hari. Malahan, tidak cukup dengan itu sudah ada pun ahli perniagaan Malaysia yang menjadi JUTAWAN, hanya dengan berniaga melalui Facebook.
Namun ia bukan semudah yang kita sangka, perniagaan apa pun yang ada didunia ini harus ada ilmu, sistem dan psikologinya bagi membantu membawa perniagaan kita lebih tinggi daripada pesaing kita. Walaupun kita tahu dalam laman sosial terdapat berjuta orang menjadi pengguna kepada laman sosial tersebut, namun bukan mudah untuk mencapai kesemua pengguna tersebut.
Sebagai contoh, pengguna Facebook di Malaysia sahaja mencecah 13,085,000 pengguna, setakat tahun 2013, mustahil untuk kita dapatkan semua pengguna tersebut. Tetapi dengan menggunakan ilmu, psikologi dan sistem yang betul, kita bakal mempromosi kepada pengguna Facebook tersebut, tidak dapat berjuta orang, cukup dimulakan dengan promosi kepada pengguna laman sosial dikawasan kita, seperti rakan2 kita.
Pengalaman bisnes saya di Facebook (Servis Format Laptop)
"Sebelum saya menggunakan tips psikologi pelanggan dalam laman sosial, alangkah runginya, selepas dua bulan promosi yang saya buat, tiada satu pun pelanggan yang bertanya kepada saya tentang servis format laptop. Tambahan, saya hanya mendapat enam like sahaja pada post tersebut dan tiada apa-apa komen, buktinya:
Alhamdulillah, selepas daripada itu saya mula belajar tips psikologi pelanggan yang diberikan PERCUMA oleh MyClever Agency dalam bentuk Infografik, saya mula memahami dan belajar satu per satu teknik yang mereka berikan.
Alhamdulillah, ia berhasil, anda boleh lihat buktinya dibawah dalam skrinshot saya, terdapat 36 likes dan 76 comments dalam masa 30 HARI.
Alhamdulillah, ia berhasil, anda boleh lihat buktinya dibawah dalam skrinshot saya, terdapat 36 likes dan 76 comments dalam masa 30 HARI.
Alhamdulillah, saya sudah berjaya mempelajarinya dan ia berhasil. Kini saya kongsikan semua tips itu KHAS UNTUK ANDA! Selamat membaca!"
Bagaimana Hasilkan Post Meletop di Laman Sosial (Infographic)
Dalam Infografik dibawah, MyClever Agency memberikan tip dengan lebih terperinci lagi, bagaimana kita boleh mempromosi produk kita di laman sosial dengan lebih baik dan anda bakal memukau pelanggan. Selamat membaca, analisa dan mulakan tindakan kejayaan anda!
Terima kasih kerana membaca. Perlu Ada Ilmu Psikologi Dalam Memukau Pelanggan Terhadap Produk Anda.
Mohamad Ariffin Zulkifli | Pasir Gudang, Johor.
Kredit Foto: MyCleverAgency, TheDrum.
Saya
pasti, mesti ramai yang dari anda sudah banyak kali melihat QR Code
dimana-mana. Dahulunya, QR Code hanya digunakan pada alat komponen atau
produk, bagi memudahkan syarikat mengesan dan menjejak alat komponen
atau produk tersebut.
Namun,
kegilaan penggunaan QR Code oleh syarikat lain, selain dari pengeluar
produk, mula dirasai apabila aplikasi WeChat juga mula mempromosikan
penggunaan QR Code, bagi memudahkan rakan WeChat mencari rakan WeChat
yang lain. Teorinya mudah, dengan QR Code, anda tidak perlu bersusah
payah, mencari dan menaip nama Shaheizy Sam, sambil menunggu aplikasi WeChat loading untuk mencari Shaheizy Sam. Hanya dengan menggunakan Smart Phone anda dan scan QR Code (Shaheizy Sam), anda sudah boleh mulakan chatting dengan Shaheizy Sam, mudah bukan?
Jika
kita seorang peniaga yang memerhatikan pesaing kita, mungkin sahaja
dalam pemerhatian kita, ramai dari pesaing kita sudah mula menggunakan
QR Code bagi memudahkan pelanggan mereka berkomunikasi dengan mereka
secara maya. Ini kerana, pesaing kita tahu mengikuti arus zaman moden,
tambahan mereka selangkah kehadapan dari kita. Untuk itu, kita juga
perlu menyaingi mereka dengan meletakkan perniagaan anda searah arus
kemodenan zaman.
Antara kelebihan QR Code:
Alamat Laman Web.
Sebelum ini kita perhatikan pesaing kita, mempunyai alamat laman web
yang begitu panjang dalam banner promosinya, sebagai contoh:
www.restorankmasakankampung.com. Pada kita dan juga pesaing sebagai
peniaga, adalah sukar untuk meletakkan aksara yang begitu panjang dalam
banner, ia nampak semak. betul? Pada pelanggan pula, mana mungkin mereka
suka untuk mengingat aksara yang begitu panjang dan perlu menaipnya
untuk ke laman web tersebut, ini merupakan satu kerugian buat peniaga.
Namun,
QR Code menjadi solusinya. Aksara alamat laman web yang begitu panjang
menjadi sebuah "gambar petak" yang boleh dilekatkan dimana2 sahaja.
Tambahan, ia mudah untuk pelanggan, mereka hanya perlu mengambil smart
phone mereka, membuka aplikasi untuk scan QR Code laman web anda dan
terus ke laman web perniagaan anda, tanpa mereke perlu menaip alamat
laman web anda, mudah bukan? Ini merupakan satu keuntungan buat peniaga.
Page Perniagaan di Laman Sosial.
Pasti ramai yang daripada anda sudah mempunyai Facebook Page untuk
perniagaan anda, itu satu kelebihan buat anda, tahniah! Bagi anda yang
belum ada Facebook Page, saya sarankan untuk anda membuat Facebook Page
bagi perniagaan anda, jika tidak itu merupakan satu kerugian buat anda
kerana tidak memaksimumkan pemasaran terhadap perniagaan anda.
Berbalik
kepada QR Code, teorinya adalah sama seperti kegunaan QR Code pada
alamat laman web, pelanggan tidak perlu bersusah payah mencari Facebook
Page kita di laman sosial Facebook, hanya dengan beberapa klik, mereka
temui Facebook Page kita, sudah ada Facebook Page dan QR Code ke
Facebook Page, itu merupakan 2x ganda keuntungan buat peniaga.
Pemasaran/Pendaftaran/Kod SMS.
Pasti ramai yang daripada kita peniaga, sudah lali dengan pesanan
ringkas ataupun SMS, dan SMS juga merupakan satu jalan promosi yang
begitu menguntungkan buat peniaga. Kita juga, pasti sudah biasa dengan
pendaftaran SMS, kebiasaannya, kita perlu menaip SMS pendaftaran
tersebut.
Sebagai
contoh: Untuk mendaftar, SMS,
QRCODE<jarak>Nama<jarak>No.Kad Pengenalan<jarak> dan
hantar ke 88888, nampak mudah bukan? Mungkin mudah kerana ramai yang
daripada kita sudah terbiasa. Namun, kerja jadi lebih mudah dengan QR
Code, seperti biasa, anda hanya perlu scan QR Code tersebut dan terus
menghantar SMS tersebut, nampak lebih mudah bukan? ini merupakan
keuntungan lagi buat peniaga.
Gambar dibawah adalah contoh penggunaan QR Code dalam promosi servis format komputer saya,
Saya
hanya minta tolong kepada prospek saya untuk scan sahaja QR Code, untuk
mendapatkan servis daripada saya, mereka boleh sahaja memilih untuk
menghubungi saya secara terus, tetapi dengan QR Code, lebih menjimatkan
banyak tenaga dan wang mereka. Menarik bukan?
Kelebihan
sudah ada, tetapi mungkin ada yang daripada anda tertanya-tanya
bagaimana mahu menghasilkan QR Code ini. betul? Menghasilkan QR Code
adalah mudah dan PERCUMA. Ya, betul! Ia percuma, tidak perlukan apa-apa
bayaran, hanya perlukan sedikit usaha anda. Boleh bantu saya sedikit
usaha anda untuk bantu perniagaan anda? Anda hanya perlu ke website yang
menyediakan perkhidmatan membuat QR Code dengan PERCUMA, seperti QR Stuff.
Untuk menghasilkan QR Code,
anda hanya perlu ikut 4 langkah mudah, yang disediakan pada laman web
tersebut, dan apabila kesemua langkah selesai, klik "DOWNLOAD" untuk
memuat turun QR Code Perniagaan Anda dalam bentuk gambar. mudah bukan?
Untuk Android Smart Phone
Untuk PC/Desktop
Muat-Turun Desktop QR Code reader (Developer: CodeTwo).
Alhamdulillah, sekian sahaja perkongsian Ilmu daripada saya, InshaALLAH dengan sedikit Ilmu ini, dapat membuka ruang minda anda untuk menjadi lebih proaktif dalam menguasai pasaran. Jika ilmu yang saya kongsikan buat anda ini bermanfaat, sila kongsikan juga pada rakan perniagaan lain, biar kita semua bersama-sama maju dalam dunia perniagaan. Alhamdulillah, kita sudah berusaha ke arah kejayaan, selebihnya urusan ALLAH menentukan rezeki kita. InshaALLAH.

Terima kasih kerana membaca. Peniaga Proaktif Berpotensi Berjaya.
Mohamad Ariffin Zulkifli, CEO Bigwaves International | Pasir Gudang, Johor.
Realiti dunia perniagaan, persaingan merupakan satu kebiasaan bagi setiap peniaga, mahupun yang berniaga secara offline ataupun secara online. Persaingan perniagaan yang sihat antara peniaga, bakal membawa peniaga tersebut mengarus ke satu dimensi luar biasa, dimana setiap peniaga tersebut akan terus berfikir dan berfikir bagaimana untuk menyaingi pesaingnya, sehingga satu tahap tanpa mereka sedari, perniagaan mereka sudahpun berada pada tahap yang lebih maju dan berjaya. Hanya dengan persaingan, perniagaan jadi maju.
Adalah satu kelebihan bagi perniagaan yang mempunyai laman web, kerana pemiliknya merupakan individu yang mempunyai kebijaksanaan yang tepat dan daya tindakan lebih luar biasa kehadapan berbanding pesaingnya. Perniagaannya juga turut maju kehadapan, kerana pemiliknya membawa perniagaan mereka, seiring dengan arus kemajuan teknologi maklumat dan informasi terkini.
Berikut adalah 5 sebab mengapa perniagaan perlu mempunyai laman web:
Pesaing Menggunakan Internet.
Adakah anda sedar bahawa kebanyakan pesaing anda, menggunakan internet bagi mereka menguasai pasaran? Dalam tidak sedar, mereka telah menjadi pesaing anda yang selangkah maju kehadapan secara senyap, dengan hanya menggunakan sebuah laman web untuk menyaingi anda.
Bawa Perniagaan Seiring Arus Teknologi Zaman Moden.
Perniagaan anda harus mengikuti arus teknologi zaman moden, jika tidak anda bakal tertinggal beberapa langkah dari pesaing anda. Gunakan teknologi sebaik mungkin untuk menyaingi pesaing anda. Kehadiran laman web dalam perniagaan bakal menambah keyakinan prospek terhadap produk mahupun servis yang anda sediakan. Tambahan pula, keterujaan prospek terhadap laman web bakal meningkatkan kredibiliti perniagaan anda.
Target Pasaran Tanpa Had.
Jimat Masa dan Wang.
Kewujudan laman web dalam perniagaan anda, memberi impak maksimum dalam perniagaan. Perniagaan boleh dibuka secara penuh, 24/7, kerana teknologi tidak pernah ditutup, selagi bekalan kuasa diberikan. Oleh itu, prospek boleh membeli produk anda bila2 masa sahaja, melalui laman web anda. Selain itu, kos promosi produk dan servis dapat dikurangkan, dengan hanya mempromosikannya di laman web anda.
TIPS: Gunakan juga platform seperti Facebook, Twitter, Email dan sebagainya bagi memasarkan produk anda secara online (gunakan sebaik mungkin nikmat teknologi, bagi menguasai pasaran)
Perniagaan Lebih Peka Tindakan Pesaing.
Apabila laman web sudah mula diwujudkan bagi perniagaan anda, secara tidak langsung anda akan sering kali melayari laman web pesaing anda bagi, melihat tindakan mereka, bagaimana mereka mempromosikan produk seterusnya menguasai pasaran. Oleh itu, peniaga yang bijak, mereka akan ambil teknik ini sebagai satu inisiatif untuk mereka merancang dan bertindak lebih daripada apa yang pesaing mereka lakukan.
Jika anda ingin menguasai pasaran, jadilah peniaga yang bijaksana dalam menguasai pasaran, 5 sebab kenapa perniagaan anda perlu ada laman web, telah saya berikan. Hanya anda yang perlu bertindak, sama ada anda ingin perniagaan anda biasa2 sahaja, atau anda ingin perniagaan anda lebih luar biasa hebat menguasai pasaran daripada pesaing anda.
Terima kasih kerana membaca. Peniaga yang bijaksana sentiasa berfikir untuk menyaingi pesaingya.
Mohamad Ariffin Zulkifli | Kota Kinabalu, Sabah.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Korang semua apa khabar? Saya doakan korang sentiasa dalam keadaan sihat dan bahagia. Ramai kawan2 yang tanya kat saya. "Ariffin, cantiklah template blog ko, download kat mana?" Ha, sebelum saya bagitahu saya download kat mana. Saya akan cerita sikit pengalaman saya dalam exploring template2 blogspot yang cantik dan meletop!
Saya ni jenis yang sukakan benda2 yang cantik dan tersusun. So, template blog saya pun, saya nak cari yang cantik dan tersusun juga. Korang mesti sukakan, baca blog yang tersusun rapi, cantik dan tak berserabut? betul tak? Ha, kalau korang tersenyum tu, betul la tu, cakap saya ni. hehe...
So, dari situ, dari awal target saya nak buat blog, benda pertama yang saya buat adalah dengan exploring, kebanyakan website yang menawarkan template blogspot yang boleh didownload secara percuma. Dah banyak website dah saya masuk. keluar masuk website, taip dan cari dalam Google. Alhamdulillah, pada satu hari tu, saya terjumpa satu website yang menawarkan template2 blogspot yang menarik perhatian saya, plus template2 tu PERCUMA je pulak tu.

First time saya jumpa website tu, saya dah dapat agak dah, kebanyakan template2 blogspot yang ditawarkan kat website ni mesti, menarik2 belaka dan mengikut citarasa saya. Tekaan saya betul, memang menarik template2 blogspot kat website tu. Punyalah rambang mata saya nak pilih mana satu, yelah kan FREE je template2 tu. So, hati ni agak berbolak-balik lah nak pilih template yang mana satu. Last2, bila dah tengok semua demo template, saya jumpa template yang saya gunakan untuk blog saya sekarang nih.
"Eh, Bro apa nama website tu?" Okay, jangan marah2... hehe. Nama website tu adalah soratemplates. Kat website ni, semua template2 blogspot yang ditawarkan, korang boleh download secara PERCUMA. Lepas korang dah download template tu, korang bolehlah edit template tu ikut kesesuaian citarasa korang.
Saya harap, sharing saya ni ada manfaat pada korang semua. Kalau tak banyak pun adalah sikit. hehe... Orang bertanya, saya jawab dan saya share pada orang ramai lagi. Mudah2an, lepas ni blog korang dapat dihiasi dengan template2 blogspot yang menarik. Korang yang ada pengalaman download template2 blog yang menarik, bolehlah kongsi dengan saya dan pembaca semua, komen je kat bawah ni... hehe.
Terima kasih kerana membaca. Saya suka bantu orang lain dan buat mereka tersenyum lebar.
Mohamad Ariffin Zulkifli | Peace yo ^_^
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Korang rasa seronok tak bila baca cerita atau mendengar cerita? Ha, ni ada cerita untuk korang... hehe. Cuba korang tengok tajuk post saya kali ni... bila renungkan kembali masa lalu, korang pernah kena tampar tak? Haha, saya pernah kena tampar dengan cikgu matematik saya, sebab tak siapkan kerja rumah yang dia bagi. Masa tu darjah enam, lama dah cerita ni, yang penting benda tu jadi pengalaman hidup saya :D
Cerita post saya kali ni, saya [Ctrl+C] dan [Ctrl+V] dari blogger lain, kongsikan kat korang semua.
Alkisah... datanglah seorang pemuda yang mempunyai soalan yang sangat berat dalam kepala dia, kepada seorang imam, untuk bertanyakan kemusykilan dia tentang Tuhan... Korang teruskan lah membaca dialog kat bawah ni ya :D Selamat membaca.
Pemuda : Anda siapa dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba ALLAH dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:
Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya.
Apakah yang dinamakan takdir.
Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawapan pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Allah menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan...
Bila, difikirkan sependek akal betul juga kata pemuda tu, kenapa setan tersiksa juga, walhal dia kan diperbuat daripada api. Dalam Firman ALLAH:
Bila berfikir panjang sikit, terus kena tampar... haha, testing... Tangan diperbuat dari tanah, pipi pun dari tanah juga, kenapa sakit? Ha, tulah dia persoalan2 ya kawan2, kalau kita tak berfikir jauh tentang apa yang ALLAH ciptakan, maka susah untuk kita terima hakikat tentang sesuatu. WALLAHu A'lam.

"Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma." [QS Al-Hijr, 15:27]
"Dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang." [QS Ar - Rahman, 55:15]
Bila berfikir panjang sikit, terus kena tampar... haha, testing... Tangan diperbuat dari tanah, pipi pun dari tanah juga, kenapa sakit? Ha, tulah dia persoalan2 ya kawan2, kalau kita tak berfikir jauh tentang apa yang ALLAH ciptakan, maka susah untuk kita terima hakikat tentang sesuatu. WALLAHu A'lam.
Terima kasih kerana membaca. Mari sama2 berfikiran jauh memikirkan kehebatan ALLAH SWT.
Mohamad Ariffin Zulkifli | Peace yo ^_^
Sumber gambar (PandanganKehidupan)
Korang semua apa khabar? Harap korang sentiasa dalam khabaran baik ya. Ha, korang kenal tak Brother dalam gambar kat atas ni. Nama dia Apollo Robbins. Korang tahu tak, dia boleh ambil dompet korang, buka jam tangan korang, walaupun time tu korang tengah bercakap dengan dia. Macam magik kan? Tapi sebenarnya, tu bukan magik. Apollo Robbins kata, itu adalah Seni Mengawal Perhatian korang, The Art of Misdirection.
Korang tengoklah dalam video kat bawah ni, macam mana dia boleh buka jam tangan Joe tu dan Joe tu boleh tak perasan. Oklah, selamat menonton ^_^
Lagi satu video dia dengan Adam Green,
Terima kasih kerana sudi menonton. Rahsia Menggangu Perhatian Orang Lain.
Mohamad Ariffin Zulkifli | Peace yo ^_^
Mohamad Ariffin Zulkifli | Peace yo ^_^
Amacam korang semua sihat? Hari ni saya nak kongsi sikit tentang video animasi "The Scarecrow". Video ni dibuat untuk promote game untuk iPhone dan iPad. Tapi yang saya tengok, video ni sangat memberi mesej mendalam tentang fast food zaman sekarang ni. Walaupun ia hanya video promosi dan animasi tapi video ini mempunyai mesej yang sangat mendalam, boleh buat korang rasa terpaku seketika dan berfikir... sustainable food!
Ok lah, selamat menonton ^_^
Disebalik tabir - The Scarecrow
Terima kasih kerana sudi menonton. Take a look, And you'll see, Into your imagination.
Mohamad Ariffin Zulkifli | Peace yo ^_^
Mohamad Ariffin Zulkifli | Peace yo ^_^
Sumber gambar (CGMeetup)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Korang tu? siapa lagi kamu la yang tengah baca post ni... haha. Cam ne sihat? Saya harap korang sentiasa sihat walafiat ya. InshaALLAH... Ha, post kali ni saya nak bagi tips mudah macam mana nak tukar URL Google Plus. Kan URL Facebook korang sekarang ni dah cantik, contohnya macam URL Facebook saya, https://www.facebook.com/ariffinastute. Tapi kalau URL Google Plus saya pulak, terlalu panjang dengan nombor2, susah nak diingat, sebab dia tak guna name URL macam Facebook, tapi dia guna id URL, macam ni, https://plus.google.com/u/0/109325833961492829229. Susah kot nak ingat...
So, URL macam mana lebih senang korang nak promote? Guna URL facebook.com/"nama korang" atau facebook.com/"id URL"? Mestilah dengan nama korang lagi senang kan. Senang nak ingat dan yang paling penting senang nak promote pada kawan2 korang. Jadi, apa yang saya nak kongsikan dengan korang ni adalah, macam mana kita nak pendekkan URL Google Plus tu, supaya jadi lebih senang nak ingat dan promote.
So, bro Ariffin, macam mana nak buat? Mudah je, first sekali korang pergi ke website ni, Google Plus Nick. macam dalam gambar kat bawah ni.

Pastu, korang ada nampak tak, kotak Nick Name tu? yang ada tertulis, "Choose your nick name..." dan kotak Your Google+ Id? Yang ada tulis "Google+ ID paste here..." Kalau dah nampak, apa lagi... jangan tunggu lama2, isi je nama korang dalam kotak Nick Name tu, macam dalam gambar kat bawah ni, saya letak nama saya, iaitu "ariffinastute". Pastu letak pulak Google Plus Id korang dalam kotak Your Google+ Id tu.
Apa? Macam mana nak dapatkan kat mana Google+ Id tu? korang boleh ambil Google+ Id tu, kat page profile Google Plus korang, macam gambar kat bawah ni, page profile Google Plus saya. Korang copy id yang saya highlight tu macam gambar kat bawah ni, pastu paste id tu, kat kotak Your Google+ Id, kat website gplus.to tu... macam dalam gambar kat atas ni.
Lepas korang dah letak "Nick Name" korang dalam kotak Nick Name tu... dan korang pun dah letak Google+ Id korang dalam kotak Your Google+ Id, sekarang ni terus tekan butang "add", sebelah kanan kotak Your Google+ Id tu. Tada... sekelip mata je, korang dah tukar URL Google Plus korang macam dalam gambar kat atas daripada atas ni, URL Google Plus saya, http://gplus.to/ariffinastute. Apa lagi test terus la, link tu...
Macam mana berjaya tak? senang je kan. Lepas ni boleh la korang promote page Google Plus dengan lebih senang lagi kat kawan2 korang ataupun kenalan baru korang.
Macam mana berjaya tak? senang je kan. Lepas ni boleh la korang promote page Google Plus dengan lebih senang lagi kat kawan2 korang ataupun kenalan baru korang.
Jenguk2 la Page Facebook saya ya... hehe, boleh la tolong2 "like" kan sekali, peace ^_^
Terima kasih. Tolong kawan dalam kebuntuan dan kesusahan, buatlah mereka tersenyum.
Mohamad Ariffin Zulkifli | Peace yo ^_^