SELAMAT DATANG

Pengalaman, Cetusan Inspirasi!
MOHAMAD ARIFFIN ZULKIFLI

5 Sebab Perniagaan Perlu Ada Laman Web



By  Unknown     Tuesday, December 31, 2013    Labels:, 



Realiti dunia perniagaan, persaingan merupakan satu kebiasaan bagi setiap peniaga, mahupun yang berniaga secara offline ataupun secara online. Persaingan perniagaan yang sihat antara peniaga, bakal membawa peniaga tersebut mengarus ke satu dimensi luar biasa, dimana setiap peniaga tersebut akan terus berfikir dan berfikir bagaimana untuk menyaingi pesaingnya, sehingga satu tahap tanpa mereka sedari, perniagaan mereka sudahpun berada pada tahap yang lebih maju dan berjaya. Hanya dengan persaingan, perniagaan jadi maju.

Adalah satu kelebihan bagi perniagaan yang mempunyai laman web, kerana pemiliknya merupakan individu yang mempunyai kebijaksanaan yang tepat dan daya tindakan lebih luar biasa kehadapan berbanding pesaingnya. Perniagaannya juga turut maju kehadapan, kerana pemiliknya membawa perniagaan mereka, seiring dengan arus kemajuan teknologi maklumat dan informasi terkini.

Berikut adalah 5 sebab mengapa perniagaan perlu mempunyai laman web:

Pesaing Menggunakan Internet.

Adakah anda sedar bahawa kebanyakan pesaing anda, menggunakan internet bagi mereka menguasai pasaran? Dalam tidak sedar, mereka telah menjadi pesaing anda yang selangkah maju kehadapan secara senyap, dengan hanya menggunakan sebuah laman web untuk menyaingi anda.

Bawa Perniagaan Seiring Arus Teknologi Zaman Moden.

Perniagaan anda harus mengikuti arus teknologi zaman moden, jika tidak anda bakal tertinggal beberapa langkah dari pesaing anda. Gunakan teknologi sebaik mungkin untuk menyaingi pesaing anda. Kehadiran laman web dalam perniagaan bakal menambah keyakinan prospek terhadap produk mahupun servis yang anda sediakan. Tambahan pula, keterujaan prospek terhadap laman web bakal meningkatkan kredibiliti perniagaan anda.

Target Pasaran Tanpa Had.

Zaman teknologi moden kini, internet boleh diakses oleh sesiapa sahaja, bagi yang memilikinya. Oleh sebab itu, bagi peniaga yang bijak, mereka akan gunakan sebaik mungkin medium teknologi dengan platform laman web bagi menguasai pasaran tanpa had, bagi memasarkan produk atau servis ke seluruh dunia.

Jimat Masa dan Wang.

Kewujudan laman web dalam perniagaan anda, memberi impak maksimum dalam perniagaan. Perniagaan boleh dibuka secara penuh, 24/7, kerana teknologi tidak pernah ditutup, selagi bekalan kuasa diberikan. Oleh itu, prospek boleh membeli produk anda bila2 masa sahaja, melalui laman web anda. Selain itu, kos promosi produk dan servis dapat dikurangkan, dengan hanya mempromosikannya di laman web anda.

TIPS: Gunakan juga platform seperti Facebook, Twitter, Email dan sebagainya bagi memasarkan produk anda secara online (gunakan sebaik mungkin nikmat teknologi, bagi menguasai pasaran)

Perniagaan Lebih Peka Tindakan Pesaing.

Apabila laman web sudah mula diwujudkan bagi perniagaan anda, secara tidak langsung anda akan sering kali melayari laman web pesaing anda bagi, melihat tindakan mereka, bagaimana mereka mempromosikan produk seterusnya menguasai pasaran. Oleh itu, peniaga yang bijak, mereka akan ambil teknik ini sebagai satu inisiatif untuk mereka merancang dan bertindak lebih daripada apa yang pesaing mereka lakukan.

Jika anda ingin menguasai pasaran, jadilah peniaga yang bijaksana dalam menguasai pasaran, 5 sebab kenapa perniagaan anda perlu ada laman web, telah saya berikan. Hanya anda yang perlu bertindak, sama ada anda ingin perniagaan anda biasa2 sahaja, atau anda ingin perniagaan anda lebih luar biasa hebat menguasai pasaran daripada pesaing anda.

Terima kasih kerana membaca. Peniaga yang bijaksana sentiasa berfikir untuk menyaingi pesaingya.
Mohamad Ariffin Zulkifli | Kota Kinabalu, Sabah.

Unknown

He's 25 years old geek, eager to learn about latest and existing technology then inspire others with knowledge. He's entusiast in fields, which related to technology, electronics, computer science, especially in field of Big Data and Internet of Things.

No comments:

Post a Comment


Translate

Contact Form

Name

Email *

Message *