Showing posts with label Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Bisnes. Show all posts
Dalam dunia perniagaan kini, ramai peniaga sudah tidak bergantung sepenuhnya kepada pemasaran konvensional sahaja seperti dahulu. Kehadiran teknologi kini membantu peniaga dalam mempromosi produk mereka secara optimum, seperti di laman sosial yang mempunyai berjuta pengguna pada setiap hari. Malahan, tidak cukup dengan itu sudah ada pun ahli perniagaan Malaysia yang menjadi JUTAWAN, hanya dengan berniaga melalui Facebook.
Namun ia bukan semudah yang kita sangka, perniagaan apa pun yang ada didunia ini harus ada ilmu, sistem dan psikologinya bagi membantu membawa perniagaan kita lebih tinggi daripada pesaing kita. Walaupun kita tahu dalam laman sosial terdapat berjuta orang menjadi pengguna kepada laman sosial tersebut, namun bukan mudah untuk mencapai kesemua pengguna tersebut.
Sebagai contoh, pengguna Facebook di Malaysia sahaja mencecah 13,085,000 pengguna, setakat tahun 2013, mustahil untuk kita dapatkan semua pengguna tersebut. Tetapi dengan menggunakan ilmu, psikologi dan sistem yang betul, kita bakal mempromosi kepada pengguna Facebook tersebut, tidak dapat berjuta orang, cukup dimulakan dengan promosi kepada pengguna laman sosial dikawasan kita, seperti rakan2 kita.
Pengalaman bisnes saya di Facebook (Servis Format Laptop)
"Sebelum saya menggunakan tips psikologi pelanggan dalam laman sosial, alangkah runginya, selepas dua bulan promosi yang saya buat, tiada satu pun pelanggan yang bertanya kepada saya tentang servis format laptop. Tambahan, saya hanya mendapat enam like sahaja pada post tersebut dan tiada apa-apa komen, buktinya:
Alhamdulillah, selepas daripada itu saya mula belajar tips psikologi pelanggan yang diberikan PERCUMA oleh MyClever Agency dalam bentuk Infografik, saya mula memahami dan belajar satu per satu teknik yang mereka berikan.
Alhamdulillah, ia berhasil, anda boleh lihat buktinya dibawah dalam skrinshot saya, terdapat 36 likes dan 76 comments dalam masa 30 HARI.
Alhamdulillah, ia berhasil, anda boleh lihat buktinya dibawah dalam skrinshot saya, terdapat 36 likes dan 76 comments dalam masa 30 HARI.
Alhamdulillah, saya sudah berjaya mempelajarinya dan ia berhasil. Kini saya kongsikan semua tips itu KHAS UNTUK ANDA! Selamat membaca!"
Bagaimana Hasilkan Post Meletop di Laman Sosial (Infographic)
Dalam Infografik dibawah, MyClever Agency memberikan tip dengan lebih terperinci lagi, bagaimana kita boleh mempromosi produk kita di laman sosial dengan lebih baik dan anda bakal memukau pelanggan. Selamat membaca, analisa dan mulakan tindakan kejayaan anda!
Terima kasih kerana membaca. Perlu Ada Ilmu Psikologi Dalam Memukau Pelanggan Terhadap Produk Anda.
Mohamad Ariffin Zulkifli | Pasir Gudang, Johor.
Kredit Foto: MyCleverAgency, TheDrum.
Saya
pasti, mesti ramai yang dari anda sudah banyak kali melihat QR Code
dimana-mana. Dahulunya, QR Code hanya digunakan pada alat komponen atau
produk, bagi memudahkan syarikat mengesan dan menjejak alat komponen
atau produk tersebut.
Namun,
kegilaan penggunaan QR Code oleh syarikat lain, selain dari pengeluar
produk, mula dirasai apabila aplikasi WeChat juga mula mempromosikan
penggunaan QR Code, bagi memudahkan rakan WeChat mencari rakan WeChat
yang lain. Teorinya mudah, dengan QR Code, anda tidak perlu bersusah
payah, mencari dan menaip nama Shaheizy Sam, sambil menunggu aplikasi WeChat loading untuk mencari Shaheizy Sam. Hanya dengan menggunakan Smart Phone anda dan scan QR Code (Shaheizy Sam), anda sudah boleh mulakan chatting dengan Shaheizy Sam, mudah bukan?
Jika
kita seorang peniaga yang memerhatikan pesaing kita, mungkin sahaja
dalam pemerhatian kita, ramai dari pesaing kita sudah mula menggunakan
QR Code bagi memudahkan pelanggan mereka berkomunikasi dengan mereka
secara maya. Ini kerana, pesaing kita tahu mengikuti arus zaman moden,
tambahan mereka selangkah kehadapan dari kita. Untuk itu, kita juga
perlu menyaingi mereka dengan meletakkan perniagaan anda searah arus
kemodenan zaman.
Antara kelebihan QR Code:
Alamat Laman Web.
Sebelum ini kita perhatikan pesaing kita, mempunyai alamat laman web
yang begitu panjang dalam banner promosinya, sebagai contoh:
www.restorankmasakankampung.com. Pada kita dan juga pesaing sebagai
peniaga, adalah sukar untuk meletakkan aksara yang begitu panjang dalam
banner, ia nampak semak. betul? Pada pelanggan pula, mana mungkin mereka
suka untuk mengingat aksara yang begitu panjang dan perlu menaipnya
untuk ke laman web tersebut, ini merupakan satu kerugian buat peniaga.
Namun,
QR Code menjadi solusinya. Aksara alamat laman web yang begitu panjang
menjadi sebuah "gambar petak" yang boleh dilekatkan dimana2 sahaja.
Tambahan, ia mudah untuk pelanggan, mereka hanya perlu mengambil smart
phone mereka, membuka aplikasi untuk scan QR Code laman web anda dan
terus ke laman web perniagaan anda, tanpa mereke perlu menaip alamat
laman web anda, mudah bukan? Ini merupakan satu keuntungan buat peniaga.
Page Perniagaan di Laman Sosial.
Pasti ramai yang daripada anda sudah mempunyai Facebook Page untuk
perniagaan anda, itu satu kelebihan buat anda, tahniah! Bagi anda yang
belum ada Facebook Page, saya sarankan untuk anda membuat Facebook Page
bagi perniagaan anda, jika tidak itu merupakan satu kerugian buat anda
kerana tidak memaksimumkan pemasaran terhadap perniagaan anda.
Berbalik
kepada QR Code, teorinya adalah sama seperti kegunaan QR Code pada
alamat laman web, pelanggan tidak perlu bersusah payah mencari Facebook
Page kita di laman sosial Facebook, hanya dengan beberapa klik, mereka
temui Facebook Page kita, sudah ada Facebook Page dan QR Code ke
Facebook Page, itu merupakan 2x ganda keuntungan buat peniaga.
Pemasaran/Pendaftaran/Kod SMS.
Pasti ramai yang daripada kita peniaga, sudah lali dengan pesanan
ringkas ataupun SMS, dan SMS juga merupakan satu jalan promosi yang
begitu menguntungkan buat peniaga. Kita juga, pasti sudah biasa dengan
pendaftaran SMS, kebiasaannya, kita perlu menaip SMS pendaftaran
tersebut.
Sebagai
contoh: Untuk mendaftar, SMS,
QRCODE<jarak>Nama<jarak>No.Kad Pengenalan<jarak> dan
hantar ke 88888, nampak mudah bukan? Mungkin mudah kerana ramai yang
daripada kita sudah terbiasa. Namun, kerja jadi lebih mudah dengan QR
Code, seperti biasa, anda hanya perlu scan QR Code tersebut dan terus
menghantar SMS tersebut, nampak lebih mudah bukan? ini merupakan
keuntungan lagi buat peniaga.
Gambar dibawah adalah contoh penggunaan QR Code dalam promosi servis format komputer saya,
Saya
hanya minta tolong kepada prospek saya untuk scan sahaja QR Code, untuk
mendapatkan servis daripada saya, mereka boleh sahaja memilih untuk
menghubungi saya secara terus, tetapi dengan QR Code, lebih menjimatkan
banyak tenaga dan wang mereka. Menarik bukan?
Kelebihan
sudah ada, tetapi mungkin ada yang daripada anda tertanya-tanya
bagaimana mahu menghasilkan QR Code ini. betul? Menghasilkan QR Code
adalah mudah dan PERCUMA. Ya, betul! Ia percuma, tidak perlukan apa-apa
bayaran, hanya perlukan sedikit usaha anda. Boleh bantu saya sedikit
usaha anda untuk bantu perniagaan anda? Anda hanya perlu ke website yang
menyediakan perkhidmatan membuat QR Code dengan PERCUMA, seperti QR Stuff.
Untuk menghasilkan QR Code,
anda hanya perlu ikut 4 langkah mudah, yang disediakan pada laman web
tersebut, dan apabila kesemua langkah selesai, klik "DOWNLOAD" untuk
memuat turun QR Code Perniagaan Anda dalam bentuk gambar. mudah bukan?
Untuk Android Smart Phone
Untuk PC/Desktop
Muat-Turun Desktop QR Code reader (Developer: CodeTwo).
Alhamdulillah, sekian sahaja perkongsian Ilmu daripada saya, InshaALLAH dengan sedikit Ilmu ini, dapat membuka ruang minda anda untuk menjadi lebih proaktif dalam menguasai pasaran. Jika ilmu yang saya kongsikan buat anda ini bermanfaat, sila kongsikan juga pada rakan perniagaan lain, biar kita semua bersama-sama maju dalam dunia perniagaan. Alhamdulillah, kita sudah berusaha ke arah kejayaan, selebihnya urusan ALLAH menentukan rezeki kita. InshaALLAH.

Terima kasih kerana membaca. Peniaga Proaktif Berpotensi Berjaya.
Mohamad Ariffin Zulkifli, CEO Bigwaves International | Pasir Gudang, Johor.
Realiti dunia perniagaan, persaingan merupakan satu kebiasaan bagi setiap peniaga, mahupun yang berniaga secara offline ataupun secara online. Persaingan perniagaan yang sihat antara peniaga, bakal membawa peniaga tersebut mengarus ke satu dimensi luar biasa, dimana setiap peniaga tersebut akan terus berfikir dan berfikir bagaimana untuk menyaingi pesaingnya, sehingga satu tahap tanpa mereka sedari, perniagaan mereka sudahpun berada pada tahap yang lebih maju dan berjaya. Hanya dengan persaingan, perniagaan jadi maju.
Adalah satu kelebihan bagi perniagaan yang mempunyai laman web, kerana pemiliknya merupakan individu yang mempunyai kebijaksanaan yang tepat dan daya tindakan lebih luar biasa kehadapan berbanding pesaingnya. Perniagaannya juga turut maju kehadapan, kerana pemiliknya membawa perniagaan mereka, seiring dengan arus kemajuan teknologi maklumat dan informasi terkini.
Berikut adalah 5 sebab mengapa perniagaan perlu mempunyai laman web:
Pesaing Menggunakan Internet.
Adakah anda sedar bahawa kebanyakan pesaing anda, menggunakan internet bagi mereka menguasai pasaran? Dalam tidak sedar, mereka telah menjadi pesaing anda yang selangkah maju kehadapan secara senyap, dengan hanya menggunakan sebuah laman web untuk menyaingi anda.
Bawa Perniagaan Seiring Arus Teknologi Zaman Moden.
Perniagaan anda harus mengikuti arus teknologi zaman moden, jika tidak anda bakal tertinggal beberapa langkah dari pesaing anda. Gunakan teknologi sebaik mungkin untuk menyaingi pesaing anda. Kehadiran laman web dalam perniagaan bakal menambah keyakinan prospek terhadap produk mahupun servis yang anda sediakan. Tambahan pula, keterujaan prospek terhadap laman web bakal meningkatkan kredibiliti perniagaan anda.
Target Pasaran Tanpa Had.
Jimat Masa dan Wang.
Kewujudan laman web dalam perniagaan anda, memberi impak maksimum dalam perniagaan. Perniagaan boleh dibuka secara penuh, 24/7, kerana teknologi tidak pernah ditutup, selagi bekalan kuasa diberikan. Oleh itu, prospek boleh membeli produk anda bila2 masa sahaja, melalui laman web anda. Selain itu, kos promosi produk dan servis dapat dikurangkan, dengan hanya mempromosikannya di laman web anda.
TIPS: Gunakan juga platform seperti Facebook, Twitter, Email dan sebagainya bagi memasarkan produk anda secara online (gunakan sebaik mungkin nikmat teknologi, bagi menguasai pasaran)
Perniagaan Lebih Peka Tindakan Pesaing.
Apabila laman web sudah mula diwujudkan bagi perniagaan anda, secara tidak langsung anda akan sering kali melayari laman web pesaing anda bagi, melihat tindakan mereka, bagaimana mereka mempromosikan produk seterusnya menguasai pasaran. Oleh itu, peniaga yang bijak, mereka akan ambil teknik ini sebagai satu inisiatif untuk mereka merancang dan bertindak lebih daripada apa yang pesaing mereka lakukan.
Jika anda ingin menguasai pasaran, jadilah peniaga yang bijaksana dalam menguasai pasaran, 5 sebab kenapa perniagaan anda perlu ada laman web, telah saya berikan. Hanya anda yang perlu bertindak, sama ada anda ingin perniagaan anda biasa2 sahaja, atau anda ingin perniagaan anda lebih luar biasa hebat menguasai pasaran daripada pesaing anda.
Terima kasih kerana membaca. Peniaga yang bijaksana sentiasa berfikir untuk menyaingi pesaingya.
Mohamad Ariffin Zulkifli | Kota Kinabalu, Sabah.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Salam korang apa khabar? dah seminggu lebih saya tak menulis kat blog ni. Saya harap, korang sentiasa dalam keadaan sihat dan gembira. apa kata senyum sikit :D Ha, kan nampak cantik dan handsome. Hari ni, saya tetiba rasa macam nak tulis tentang keyakinan diri. Korang yakin tak pada diri korang, yang korang boleh buat macam2? Ehem2, maksud saya buat macam2 tu buat benda yang baik ya, yang tak baik adalah dilarang sama sekali... hehe.
Em, korang perasan tak, bila korang dah meningkat remaja/dewasa banyak perkara yang korang rasa nak buat terbatas? Korang nak buat sesuatu yang korang yakin boleh mengubah hidup korang jadi lebih baik, tapi terbatas juga? Korang rasa macam nak belajar supaya korang boleh jadi lebih pandai, tapi korang tak jadi pulak belajar? Korang rasa macam nak berubah/berhijrah jadi lebih, baik tapi tak jadi pulak korang nak berubah jadi baik? Korang perasan tak semua ni dalam hidup korang?
Korang nak tahu tak kenapa "benda2" macam ni berlaku? Satu je sebabnya, korang kurang yakin dengan diri korang. Korang rasa yang apa yang korang nak buat tu tak betul, dan korang lebih yakin apa yang orang lain cakap tu betul. Walhal, korang dah imagine yang "kalau aku belajar ni, confirm dapat pointer 4 flat ni.", "kalau aku berusaha kearah kebaikan, InshaALLAH aku dapat ubah sikap aku jadi lebih baik". Apa yang banyaknya, hanyalah "KALAU" je dan "ACTION" terbatas, sebab korang dengar apa yang orang sekeliling komen pada korang bila korang nak buat perubahan.
Kawan2, saya pun macam tu juga dulu kurang yakin pada diri... nak berubah jadi baik, tapi takut, sebab dengar dan terima masukan sumbang macam ni, "tak payah nak jadi alim sangat, biasa2 sudah la". Bila dalam situasi nak mula berniaga, tapi tak jadi, sebab dengar dan terima masukan sumbang "tak payah la nak berniaga, tak takut rugi ke?". Bila dalam situasi, nak belajar, tak jadi nak belajar, sebab terima masukan sumbang "rilek la bro, lama lagi nak exam."
Cuba korang refleksi balik, kenapa saya tak salahkan mereka2 yang suka bersuara sumbang ni? Sebab, mereka ni memang tergolong dalam manusia yang tidak suka melihat perubahan baik berlaku pada diri orang lain, tapi cuba korang berubah jadi orang yang tidak baik memang ramai yang sokong, betul tak? Itulah sebabnya, kita tak boleh salahkan mereka2 tu, sebab mereka2 yang "macam tu" memang banyak dalam dunia ni.
Apa yang korang perlu buat, adalah refleksi diri korang dan katakan pada diri korang yang korang BOLEH! Korang berhak berbuat dan bertindak untuk korang jadi lebih baik dalam apa jua yang korang fikirkan. Korang rasa nak belajar untuk capai target pointer korang, apa lagi belajarlah! Jangan hiraukan masukan sumbang macam tu, teruslah berbuat dan belajar. Bila, korang rasa nak mula berniaga, terus cari orang yang berniaga juga. Tips saya, untuk mengelak masukan sumbang dalam dunia perniagaan, korang harus cerita plan bisnes korang pada orang yang dah berniaga dan dia pun suka berniaga, jangan cari orang yang bekerja jadi tempat untuk korang cerita plan bisnes korang, memanglah dia akan cakap "tak payah la berniaga, tak takut rugi ke? kerja jelah!" Haha... betul tak?
Korang tahu tak, bila kita nak buat sesuatu perubahan je dan tak jadi sebab dengar masukan sumbang orang lain, korang perasan tak yang korang sedang dikawal dalam keadaan tak sedar? Haha, korang suka kena kawal ke? tak kan? Dan saya percaya tak semua orang suka dikawal dan dikongkong, tapi dalam keadaan tak sedar tu kehidupan dia sedang dikawal oleh orang lain, tak ke pelik macam tu? cuba kita fikirkan, ada betul tak? Korang nak tahu apa Steve Jobs kata, "Your time is limited, so don't waste it living someone else's life." Korang faham apa maksudnya tu?
Kat bawah ni ada dua video yang saya share dari YouTube. First, video lagu Hall of Fame, nyanyian The Script ft. Will I Am,
Second, video motivasi Believe in Yourself, saya mahu korang hayati video ni, dan cuba korang imbau lembali hidup korang.
So, berfikir dan bertindak seperti yang korang sangkakan, yang korang rancangkan, yang korang imaginekan untuk kebaikan diri korang. Saya cuma nak pesan yang, sebanyak mana pun cerita motivasi yang kita baca, sebanyak mana pun video motivasi yang kita tengok, sebanyak mana pun seminar motivasi yang kita dengar, tapi kalau kita sendiri yang tak mahu bertindak sendiri dan kita yakin yang kita boleh, saya pun tak dapat nak membantu korang. Korang kena ingat, apa pun yang berlaku, sebab korang yang pilih macam tu, bukan sebab orang lain yang bermasalah. Ingat, ALLAH SWT Berfirman,
“Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari hadapan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah ALLAH. Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila ALLAH mengkehendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” [QS Al-Ra’du, 13:11]
WALLAHU A'lam
Terima kasih kerana membaca. Jom buat perubahan dan bertindak atas keyakinan diri kita.
Mohamad Ariffin Zulkifli | Peace yo ^_^
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apa khabar korang semua? Hari ni, saya nak kongsi sikit pengalaman semasa saya tolong formatkan laptop customer, model laptop Acer Aspire One AO756. Sebelum ni saya tak pernah lagi format mana2 model laptop Acer Aspire One. Tambahan lagi, previous operating system kat laptop tu adalah Windows 8. So, dalam proses mem-format laptop Acer Aspire One AO756 ni, saya mengambil masa agak lama jugalah, lebih kurang dua jam untuk try macam step untuk mula mem-format laptop tu... tu belum format lagi tu, baru nak mula je... haha.
First sekali, cabaran yang saya jumpa... system bios laptop ni x jumpa2 pendrive installer Windows 7 saya. "Ini sudah membahayakan, kalau tak jumpa pendrive macam mana nak mula format ni" kepala saya musykil time tu... haha. Saya musykil sekali lagi "Nak guna DVD installer Windwos 7 tak boleh, sebab tak ada DVD reader kat laptop ni", maklumlah kan Aspire One ni netbook, mana ada DVD reader macam laptop biasa.
Pening punya pening, dalam dah banyak kali try and learn tu, saya cuba tukar "Boot Mode" bios kepada "Legacy Bios", macam dalam gambar kat bawah ni. Alhamdulillah, berjaya... yeah, bios laptop ni dah jumpa pendrive saya, dengan gembiranya saya pun mula step by step untuk memformat laptop ni.

Seronok punya seronok, sampai beronok2... tengah ikut flow step installer Windows 7 ni, tiba2 boleh pulak, Installer Windows 7 ni tak boleh nak installkan Windows 7 pada hard disk laptop ni. Haha, wah... ini sudah mengarut ni, ada error keluar macam dalam gambar kat bawah ni. Dia tulis, "Windows cannot be installed to this disk. The selected disk is of the GPT partition style." Macam2 cara saya dah guna, format hard disk laptop ni guna GParted. "Eh? apa tu GParted?" InshaALLAH, saya akan beritahu function GParted ni dalam post saya yang lain.
Last2 bila dah habis cara dalam kepala saya, jalan mudah saya ambil adalah Google-kan je "Windows cannot be installed to this disk. The selected disk is of the GPT partition style." Alhamdulillah, saya jumpa caranya... Jumpa kat website Microsoft. Tapi cara ni bahaya sikit, sebab dia akan bersihkan keseluruhan file2 yang ada dalam laptop korang. So, kalau korang ada file kat hard disk "D", better korang backup dulu file2 tu.
"Ala bro, nak backup macam mana? Aku dah format hard disk "C" aku, mana ada Windows lagi nak ON dan Back Up balik"... Haha, yang ni korang jangan risau, apa kata korang guna Live Ubuntu untuk selamatkan semua file2 korang yang ada dalam hardisk "D". "Lah, Ubuntu ni binatang apa pulak?" Haha... InshaALLAH yang ni juga saya akan cerita dalam post yang lainnya. tunggu ya :D

Sambung balik cabaran "GPT partition style". Time korang dalam installation Windows 7 tu, korang terus taipkan [Shift]+"F10", bila ada Windows hitam keluar (Command Prompt), macam dalam gambar kat bawah ni, korang terus taipkan "diskpart" dan [Enter]. Lepas tu, korang akan nampak pilihan hard drive yang diskpart jumpa. Biasanya, hard disk korang adalah "Disk 0". Sekarang korang taipkan, "select Disk 0" then [Enter], pastu korang taipkan "Clean" dan [Enter]. Ok, sekarang korang tunggu sampai proses "Clean" tu selesai ya...
Lepas proses "Clean" selesai, korang taipkan "Exit" dan [Enter]. Pastu dalam installer, korang akan nampak hard disk korang dah bergabung jadi satu semula, daripada yang sebelum ni ada har disk "C" dan "D". Apa lagi kawan... terus create la disk baru untuk korang terus install Windows 7... Alhamdulillah, selesai juga cabaran saya mem-format laptop Acer Aspire AO756 ni.
Eh, baru saya perasan, cerita pengalaman saya macam bertukar kepada tutorial pulak, bukan apa saya tulis macam ni sebabnya saya nak korang dapat ilmu try and learn dan rasai pengalaman cabaran saya mem-format laptop ni, supaya bila korang ada chance untuk format laptop Acer Aspire AO756 korang dah boleh save time korang untuk try and learn, bukan try and error ya! hehe ^_^

Terima kasih kerana membaca. Pengalaman mengajar diri dan orang lain menjadi lebih hebat!
Mohamad Ariffin Zulkifli | Peace yo ^_^
Sumber gambar (TechWalls, SabilyBlogsphere)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Korang semua sihat? Korang pernah tak sertai seminar bisnes, lepas tu bila balik je dari seminar tu, ada satu perasaan yang rasa macam korang nak meletup lepas tu korang sangat2 yakin yang korang boleh terbang lebih tinggi dari tempat yang korang berada sekarang? Itulah apa yang saya rasa selepas saya pertama kalinya saya sertai seminar yang diberikan oleh Dr. Azizan Osman.
Sebelum ni, saya memang dah tahu lama Dr. Azizan Osman ni, dia memang terkenal dengan Rahsia Tarikh Lahir. Tapi sekarang dia banyak buat seminar bisnes, demi untuk membantu usahawan @ peniaga diluar sana yang berniaga, tapi perniagaan tak maju2, dari dulu keuntungannya, memang tak seberapa, Dulu, Kini dan Selamanya... haha, dah macam tagline UMNO lah pulak. sorry ya, tak de kena mengena dengan mana2 badan politik di Malaysia. peace ^_^
Dr. Azizan Osman membantu usahawan @ peniaga dengan menyedarkan mereka diluar sana dengan pentingnya keberadaan Mentor, Elmu, Sistem, Tindakan dan Intention dalam setiap apa pun bidang perniagaan. Dr. Azizan Osman ada cerita yang Kaum Cina meletup2 dalam bisnes sebab, diorang memang ada Mentor untuk setiap bisnes yang diaorang ceburi. Saya pun teranguk2 time Dr. Azizan Osman cerita macam tu, "Owh, kena ada Mentor rupanya?".
Yang paling buat saya terkesima, bila Dr. Azizan Osman sebut tentang hubungan kita dengan ALLAH dan hubungan kita dengan MANUSIA, terutamanya dengan hubungan kita dengan Ibu Bapa kita. Dr. cakap kenapa banyak orang buat sesuatu tak kiralah perniagaan ataupun perkerjaan, asyik tak menjadi je. Rupa2nya, benda yang asyik kita buat tak menjadi tu, bukan sebab tak de rezeki, cumanya kita terlepas pandang hubungan kita dengan ALLAH dan Ibu Bapa, cuba kita tanya diri kita, agak2lah kan, apa yang kita buat hari2 ni, Ibu Bapa kita restu tak?
Haha, saya pun tercengang kat situ. Mula terfikir, "YA ALLAH, aku tak pernah pun minta dan tanya pada Abah dan Ibu aku, diaorang restu tak apa yang buat..."
Lepas tu yang paling best, Dr. Azizan Osman ajar macam mana nak menarik benda2 positif datang dalam diri kita. Korang perasan tak yang kebanyakan dari kita suka bercakap dan berfikir benda2 yang negatif je... Dr. Azizan Osman cakap, apa yang kita difikir dan kita cakap menjadi doa buat kita.
Perasan tak, wall Facebook korang selalu jadi bahan benda2 negatif. Ni je lah yang biasa saya nampak, "Kurang hajar punya minah, ada ke patut dia rampas BF aku", "boringnya hidup hari ni" dan macam2 lagilah yang korang perasan, yang kebanyakannya cemuhan, kata2 kesat, pandangan negatif, mengata orang dll.
Dr. Azizan Osman kata, cuba kita ubah diri kita, ubah cara kita berfikir dan bertindak dengan gaya yang positif, InshaALLAH, kita akan sedar yang kita akan mula dikelilingi dengan benda2 positif, dan kita akan mula pelik dengan perubahan kehidupan kita yang sudah mula menuju kejayaan, yang dulunya hanya angan2 kita yang sekarang menjadi realiti...
Pada saya, benda paling yang Dr. Azizan Osman cakap adalah "Tindakan". Dr. cakap dia tak boleh nak bagi "TINDAKAN" pada peserta seminar, sebab tindakan ni atas usaha diri sendiri. Dr. cakap ALLAH SWT berfirman,
“Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari hadapan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah ALLAH. Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila ALLAH mengkehendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” [QS Al-Ra’du, 13:11]
Banyak lagi saya nak kongsi, tapi tak best pulak kan... apa kata korang sendiri yang pergi seminar ni. Mini Seminar Magnet Kekayaan dan Kejayaan ni PERCUMA je. "Say what, PERCUMA?" Ha, yelah PERCUMA tak percaya pergi la website Seminar ni. [klik sini]
Cumanya lokasi yang Masih Available adalah Sandakan, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Tawau, Melaka, Shah Alam, Johor Bahru, Kuantan, Kota Bharu dan Penang. Korang boleh terus daftar secara online kat website Seminar tu.
Terima kasih kerana sudi membaca. Jom Berubah Jadi Positif Untuk Jadi Kaya dan Bahagia.
Mohamad Ariffin Zulkifli | Peace yo ^_^
Saya menjual rumpai laut kering untuk semua variasi gred. Korang nak gred yang mana, gred AA (Kuning/Putih), AAA (Ungu) atau AAAA (Hijau). Setiap gred rumpai laut ni mempunyai khazanah dan khasiatnya yang tersendiri. Kebiasaannya, pelanggan saya tak panggil rumpai laut, tapi diaorang panggil Pure Marine Collagen ataupun, Sea Bird's Nest.
Untuk pengetahuan korang semua, hasil penyelidikan memang membuktikan bahawa rumpai laut ni, tidak mempunyai collagen, sebabnya collagen hanya terdapat dalam badan manusia dan haiwan sahaja, kebanyakan tumbuhan termasuk rumpai laut tidak mempunyai collagen. Walaupun begitu, ciptaan Maha Kuasa yang hebat ni, tidak mempunyai collagen, tetapi khazanah dan khasiatnya sungguh luarbiasa...
Rumpai laut ni terbukti boleh membantu mengekalkan collagen dalam kulit korang. So, InshaALLAH, korang akan kekal cantik dan nampak gebu. Cer korang tengok apa kata pakar dari UPM ni:
Kalau mengikut testimoni kebanyakan pelanggan pulak, rumpai laut ni memang terbukti berupaya menghilangkan jeragat/jerawat yang susah nak hilang pada muka dan melicinkan semula rekahan kulit pada tumit kaki, korang biasa tengokkan rekahan kat tumit tu, biasanya selalu berlaku kat orang yang dah berumur. Kalau korang perhatikan testimoni ni je, korang mesti dah dapat agak kelebihan khazanah dan khasiat rumpai laut ni.
Eh korang, ada lagi satu testimoni yang buat saya terkejut dari seorang pelanggan wanita dari Klang, Selangor, merupakan seorang Ibu kepada 4 orang anak. Testimoni dia, membuatkan saya makin teruja dengan kehebatan Maha Esa. Pelanggan saya tu cakap, sebelum dia mengamalkan memakan rumpai laut ni, setiap kali dia mahu menjahit dia mesti memerlukan cermin mata untuk mula menjahit kerana masalah rabun. Tetapi, Alhamdulillah selepas memakan rumpai laut, dia tidak lagi memerlukan cermin mata. MasyaALLAH, hebatnya ALLAH menciptakan rumpai laut yang kita tak sangka2 mempunyai khazanah dan khasiat yang tak disangka2 boleh merawat kerabunan.
Apa korang tunggu lagi, mari beli rumpai laut ni dari saya, saya jual murah2 je:
GRED AA (Kuning/Putih) | RM 4.00 (100g)

"Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," - Dr. Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.
Kalau mengikut testimoni kebanyakan pelanggan pulak, rumpai laut ni memang terbukti berupaya menghilangkan jeragat/jerawat yang susah nak hilang pada muka dan melicinkan semula rekahan kulit pada tumit kaki, korang biasa tengokkan rekahan kat tumit tu, biasanya selalu berlaku kat orang yang dah berumur. Kalau korang perhatikan testimoni ni je, korang mesti dah dapat agak kelebihan khazanah dan khasiat rumpai laut ni.
Eh korang, ada lagi satu testimoni yang buat saya terkejut dari seorang pelanggan wanita dari Klang, Selangor, merupakan seorang Ibu kepada 4 orang anak. Testimoni dia, membuatkan saya makin teruja dengan kehebatan Maha Esa. Pelanggan saya tu cakap, sebelum dia mengamalkan memakan rumpai laut ni, setiap kali dia mahu menjahit dia mesti memerlukan cermin mata untuk mula menjahit kerana masalah rabun. Tetapi, Alhamdulillah selepas memakan rumpai laut, dia tidak lagi memerlukan cermin mata. MasyaALLAH, hebatnya ALLAH menciptakan rumpai laut yang kita tak sangka2 mempunyai khazanah dan khasiat yang tak disangka2 boleh merawat kerabunan.
Apa korang tunggu lagi, mari beli rumpai laut ni dari saya, saya jual murah2 je:
GRED AA (Kuning/Putih) | RM 4.00 (100g)
GRED AAA (Ungu) | RM 5.00 (100g)
GRED AAAA (Hijau) | RM 6.00 (100g)
#Kos penghantaran (PosLaju):
Sabah-Semenanjung | RM 7.00 [Max. 5 paket]
Semenanjung-Semenanjung | RM 4.50 [Max. 5 paket]
Kalau korang nak order lebih dari 5 paket, kadar kos penghantaran adalah berbeza ya :D
*Untuk pengiraan kos penghantaran ni, korang bolehlah rujuk kat website Pos Malaysia [klik sini]
Berminat, bolehlah terus PM pada saya, di Facebook Page (Blog Ariffin Zulkifli) saya ya :D
Kalau korang perasan dalam gambar2 rumpai laut dalam pek seratus gram kat atas ni, ada nama Zuhaimah | 016 - 744 9151. Dia adalah agen pengedar saya dekat semenanjung. Kalau korang duduk kat semenanjung Malaysia, korang bolehlah contact Pn. Zuhaimah, orangnya peramah tau... hehe. Kalau korang duduk semenanjung dan beli dari Pn. Zuhaimah, korang akan jimat pada kos penghantaran. Kalau tak pun, korang boleh terus PM saya, dan saya akan informkan pada Pn. Zuhaimah, okay :D
Sebenarnya, saya galakkan korang berniaga. Korang berminat nak jadi agen jualan rumpai laut saya? Saya boleh bagi harga lebih murah lagi dari harga biasa. Kalau berminat, terus PM saya ya :D
Terima kasih sudi melawat kedai saya. Rumpai laut merupakan formula semula jadi kecantikan anda.
Mohamad Ariffin Zulkifli | Peace yo ^_^
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Korang dah ada yang tidur? Jangan jadi macam saya ya, lambat tidur sebab nak update blog ni... hehe. Saya tengah duk fikir ni nak cerita apa malam ni kat korang semua... haha. Ha, hari ni saya dah start balik buat bisnes kecil2an, buat servis format laptop kat UMS. Sebelum ni saya memang pernah buat servis format laptop ni, tapi berhenti sebab terlalu sibuk dengan study kat UMS ni.
Kalau dalam servis format laptop orang ni, saya dah lama berpengalaman sejak dari matrikulasi lagi, InshaALLAH. Itu pun atas berkat tunjuk ajar kawan saya, semasa di matrikulasi dulu. Saya memang tak boleh lupakan jasa kawan saya, dia banyak mengajar saya dalam bidang IT. Nama kawan saya itu adalah Shazmil Zahri, korang bolehlah jumpa dia kat Facebook ya.
InshaALLAH setakat ni, semua laptop kawan2 dan orang lain yang saya formatkan, diaorang semua puas hati dengan servis saya. Diaorang cakap servis saya lengkap, kedai pun kalah... hehe, lebih kurang macam tulah apa yang diaorang katakan. Niat saya satu je, nak buat orang lain tersenyum. Jadi, dalam servis, saya akan bagi servis yang paling tip-top supaya bila diaorang dapat semula laptop diaorang... diaorang terus gembira dan tersenyum.
Senyuman yang keluar dari muka diaorang tu yang saya perlukan, sebab tanda diaorang tersenyum tulah tanda diaorang sukakan servis saya. InshaALLAH, kali ni... saya akan tetap dengan gaya lama saya, bagi servis paling tip-top kat pelanggan saya semuanya.
Ha, korang pulak macam mana? korang tengah buat bisnes apa sekarang ni? Bolehlah kongsi2 kat kami semua, saya termasuk kawan2 lain yang baca post saya ni. Manalah tau, korang ada idea bernas untuk buat bisnes kita semua jadi meletup macam gunung berapi yang meletus... hehe. Korang bolehlah komen2 kat bawah ni, tentang bisnes apa yang korang tengah buat sekarang ni... hehe.
Terima kasih kerana sudi membaca. Buatlah apa sahaja untuk buat orang tersenyum.
Mohamad Ariffin Zulkifli | Peace yo ^_^
Sumber gambar (reputation.com, PCWorld)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Macam mana korang semua? sihat ke tak? ada yang sakit ke? Kalau ada yang sakit jangan baca dulu blog saya, pergi klinik dulu ya, kalau tak nanti ada bloggers yang berjangkit sakit pulak. hehe... tak la saya gurau je, main2 pun tak boleh ke?
Ok, apa topik hari ni? tentang bisnes? say what? (double what if u want to... hehe) Ya, tentang bisnes. Hari ni, saya nak bagi tips sikit tentang bisnes? boleh ke tak? boleh atau tak boleh, saya tetap nak share Ilmu ni pada korang suma, sebab Ilmu ni bermanfaat tau. Hati2 tau, post ni hanya untuk orang yang minat nak berbisnes ataupun dah berbisnes.
ALLAH SWT berfirman,
"Katakanlah (Muhammad), "Setiap orang berbuat sesuai dengan pembawaannya masing-masing." Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya." [Al-Isra', 17:84]
Ha, macam mana, korang semua nampak tak, sebab tulah kenapa kita kena baca Al-Quran dan baca terjemahannya sekali, sebab banyak sangat Ilmu yang baik kita tak tahu, ada dalam ni. Korang rasa-rasa, apa yang ALLAH firmankan ada kena mengena tak dengan tajuk post saya hari ini.

Ya, ada. ALLAH berfirman, "Setiap orang berbuat sesuai dengan pembawaannya masing-masing", maksudnya kat sini apa sahaja yang kita mahu buat, terutamanya dalam skop bisnes, mestilah sesuai dengan pembawaan kita, minat kita, apa yang kita suka nak jual, barulah lepas tu InshaALLAH kita akan berjaya. Kita tak patut jadi pak turut terlampau, ikut je apa orang cakap. Kita mesti teguh dalam pendirian kita.
Namun begitu, kalau kita tengok sambungan firman ALLAH SWT tu, "Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya." Kita tidak boleh juga nak, buat ikut sesuka hati sebab kadang2, apa yang kita suka tu tak sesuai pulak dengan kita dan apa yang kita tak suka tu sebenarnya paling sesuai dengan kita. Jadi, saya sarankan supaya korang carilah mentor bisnes, sebelum berbisnes, ok.
Sebab tu lah, kenapa ramai peniaga cepat kecundang, sebab kebanyakan dorang berniaga banyak yang mengikut cakap orang lain, bukan mentor bisnes yang betul, "kau kena meniaga "benda" tu ataupun "benda" ni, ataupun kau tak boleh meniaga "benda" ni." Padahal dia tak suka pun nak meniaga "benda" tu, tapi tulah masalahnya, ikut je orang tu cakap apa. Pengarang buku barat yang terkenal dalam bidang jualan, Brian Tracy pun ada bagi tau perkara yang sama dalam buku dia, "The Art of Closing The Sale". Dia cakap, "Antara rahsia kejayaan menjual adalah melakukan perkara yang kita suka".

Nak promote sekali boleh? Buku Brian Tracy, "The Art of Closing The Sale" ni bagus giler tau. Buku ni banyak ajar saya dan bakal mengajar korang kalau korang baca, bagaimana kita tak gelojoh dalam berbisnes dan berjaya buat jualan. Sebabnya, kadang2 tak semua pelanggan suka peniaga yang tetiba je jual produk kat pelanggan tu.
Contohnya, korang suka tak tetiba ada peniaga datang kat korang, pastu cakap kat korang, "Encik/Cik belilah produk kami ni bagus... bla... bla..." Korang mesti tak suka kan? Mesti korang terus cakap, "tak pe la Cik saya tak nak beli..." betul tak?
Tapi korang suka tak kalau, peniaga tu datang2 dia tak tunjukkan dia peniaga pun, tapi dia cakap nak berkenalan ataupun kawan ngan korang, manala tau time tu tengah lepak2 ke kat kedai mamak tengok bola. Kalau saya pun, orang nak kawan ngan kita, minat sama lagi, suka tengok bola, apa lagi make friends la, berkawan biar seribu berkasih biar satu... betul tak? ambil smartphone, buka Fb, add terus facebook... haha...
Secara tak sengaja, walaupun peniaga tu tak jual apa2 pun kat kita time tu, tapi dia dah kenal kita, dan akan datang sekali lagi jumpa kita tengok bola sama2, time tu barulah dia akan cerita, dia jual produk apa. Sebab bila dah berkawankan dah saling mempercayai... walaupun, tak berapa nak percaya, tapi nak buat macam mana dah kawan, kena la dengar apa yang dia jual. last2 kita pun tertarik... Ha, nampak tak, kan berjaya terjual tu.
Hebatkan cara tu... alamak dah terbocor rahsia buku ni pulak, tak pe2, kalau korang nak lagi banyak idea nak berniaga belilah buku ni. Tak mahal pun, kalau nak dibandingkan dengan korang punya untung jualan ribu2 nanti, RM 30 je pun, melabur la sikit untuk kejayaan korang juga, tapi bila dah beli mesti baca tau, jangan tak baca pulak.
Kalau nak beli, ada jual kat website nih: http://pts.com.my/index.php/buku/the_art_of_closing_the_sale/
Eh, sorry dah panjang lebar pulak promote buku. Ha! nampak kan... kita memang kena jual "benda" yang sesuai dengan kita, apa yang kita suka, apa yang kita minat. Kalau tak, alamatnya bisnes tu akan jadi macam hangat-hangat tahi ayam je la jawabnya, mula2 tu memang la semangat bagai nak rak, tapi lepas tu bila dah boring meniaga, apa lagi ucap bye2 la pada bisnes tu. Tak mau, tak mau macam ni, ok. So, korang mesti cari mentor bisnes yang betul ya. MESTI!
Korang Kenal Dr. Azizan Osman tak? Pelatih kejayaan No.1 negara tu... Dia ada sistem yang baik untuk perniagaan, bagi kita semua, iaitu M.E.S.T.I, dengan makna:
M - Mentor
E - Elmu
S - Sistem
T - Tindakan
I - Impian
Jadi lepas ni, saya sarankan supaya korang rajin2kan lah membaca buku2 berkenaan bisnes ni ya, jangan lupa baca Al-Quran juga, tu yang paling utama tau. Bukan apa, saya bagitau tips ni pun, supaya sama2 kita jadi pakar dalam bisnes, saya tak nak saya sorang je yang pakar, saya nak korang semua pun pakar dalam bisnes, biar semua pun kaya, lepas tu bolehlah sama2 bantu membangun negara dan agama. Barulah kita makin dipandang tinggi oleh negara luar. Betul tak?
So? Amacam ada bran tak nak berbisnes? fikir2kan la ye...

Jenguk2 la Page Facebook saya ya... hehe, boleh la tolong "like2" kan sekali, peace ^_^
Terima kasih kerana sudi membaca. Nak berjaya buatlah apa yang kita suka dan passion dengan sesuatu.
Mohamad Ariffin Zulkifli | Peace yo ^_^