SELAMAT DATANG

Pengalaman, Cetusan Inspirasi!
MOHAMAD ARIFFIN ZULKIFLI
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam korang apa khabar? dah seminggu lebih saya tak menulis kat blog ni. Saya harap, korang sentiasa dalam keadaan sihat dan gembira. apa kata senyum sikit :D Ha, kan nampak cantik dan handsome. Hari ni, saya tetiba rasa macam nak tulis tentang keyakinan diri. Korang yakin tak pada diri korang, yang korang boleh buat macam2? Ehem2, maksud saya buat macam2 tu buat benda yang baik ya, yang tak baik adalah dilarang sama sekali... hehe.

Em, korang perasan tak, bila korang dah meningkat remaja/dewasa banyak perkara yang korang rasa nak buat terbatas? Korang nak buat sesuatu yang korang yakin boleh mengubah hidup korang jadi lebih baik, tapi terbatas juga? Korang rasa macam nak belajar supaya korang boleh jadi lebih pandai, tapi korang tak jadi pulak belajar? Korang rasa macam nak berubah/berhijrah jadi lebih, baik tapi tak jadi pulak korang nak berubah jadi baik? Korang perasan tak semua ni dalam hidup korang?

Korang nak tahu tak kenapa "benda2" macam ni berlaku? Satu je sebabnya, korang kurang yakin dengan diri korang. Korang rasa yang apa yang korang nak buat tu tak betul, dan korang lebih yakin apa yang orang lain cakap tu betul. Walhal, korang dah imagine yang "kalau aku belajar ni, confirm dapat pointer 4 flat ni.", "kalau aku berusaha kearah kebaikan, InshaALLAH aku dapat ubah sikap aku jadi lebih baik". Apa yang banyaknya, hanyalah "KALAU" je dan "ACTION" terbatas, sebab korang dengar apa yang orang sekeliling komen pada korang bila korang nak buat perubahan.

Kawan2, saya pun macam tu juga dulu kurang yakin pada diri... nak berubah jadi baik, tapi takut, sebab dengar dan terima masukan sumbang macam ni, "tak payah nak jadi alim sangat, biasa2 sudah la". Bila dalam situasi nak mula berniaga, tapi tak jadi, sebab dengar dan terima masukan sumbang "tak payah la nak berniaga, tak takut rugi ke?". Bila dalam situasi, nak belajar, tak jadi nak belajar, sebab terima masukan sumbang "rilek la bro, lama lagi nak exam."

Cuba korang refleksi balik, kenapa saya tak salahkan mereka2 yang suka bersuara sumbang ni? Sebab, mereka ni memang tergolong dalam manusia yang tidak suka melihat perubahan baik berlaku pada diri orang lain, tapi cuba korang berubah jadi orang yang tidak baik memang ramai yang sokong, betul tak? Itulah sebabnya, kita tak boleh salahkan mereka2 tu, sebab mereka2 yang "macam tu" memang banyak dalam dunia ni.

Apa yang korang perlu buat, adalah refleksi diri korang dan katakan pada diri korang yang korang BOLEH! Korang berhak berbuat dan bertindak untuk korang jadi lebih baik dalam apa jua yang korang fikirkan. Korang rasa nak belajar untuk capai target pointer korang, apa lagi belajarlah! Jangan hiraukan masukan sumbang macam tu, teruslah berbuat dan belajar. Bila, korang rasa nak mula berniaga, terus cari orang yang berniaga juga. Tips saya, untuk mengelak masukan sumbang dalam dunia perniagaan, korang harus cerita plan bisnes korang pada orang yang dah berniaga dan dia pun suka berniaga, jangan cari orang yang bekerja jadi tempat untuk korang cerita plan bisnes korang, memanglah dia akan cakap "tak payah la berniaga, tak takut rugi ke? kerja jelah!" Haha... betul tak?

Korang tahu tak, bila kita nak buat sesuatu perubahan je dan tak jadi sebab dengar masukan sumbang orang lain, korang perasan tak yang korang sedang dikawal dalam keadaan tak sedar? Haha, korang suka kena kawal ke? tak kan? Dan saya percaya tak semua orang suka dikawal dan dikongkong, tapi dalam keadaan tak sedar tu kehidupan dia sedang dikawal oleh orang lain, tak ke pelik macam tu? cuba kita fikirkan, ada betul tak? Korang nak tahu apa Steve Jobs kata, "Your time is limited, so don't waste it living someone else's life." Korang faham apa maksudnya tu?

Kat bawah ni ada dua video yang saya share dari YouTube. First, video lagu Hall of Fame, nyanyian The Script ft. Will I Am,


Second, video motivasi Believe in Yourself, saya mahu korang hayati video ni, dan cuba korang imbau lembali hidup korang.


So, berfikir dan bertindak seperti yang korang sangkakan, yang korang rancangkan, yang korang imaginekan untuk kebaikan diri korang. Saya cuma nak pesan yang, sebanyak mana pun cerita motivasi yang kita baca, sebanyak mana pun video motivasi yang kita tengok, sebanyak mana pun seminar motivasi yang kita dengar, tapi kalau kita sendiri yang tak mahu bertindak sendiri dan kita yakin yang kita boleh, saya pun tak dapat nak membantu korang. Korang kena ingat, apa pun yang berlaku, sebab korang yang pilih macam tu, bukan sebab orang lain yang bermasalah. Ingat, ALLAH SWT Berfirman,

“Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari hadapan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah ALLAH. Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila ALLAH mengkehendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” [QS Al-Ra’du, 13:11]

WALLAHU A'lam

Terima kasih kerana membaca. Jom buat perubahan dan bertindak atas keyakinan diri kita.
 Mohamad Ariffin Zulkifli | Peace yo ^_^
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar korang semua? Hari ni, saya nak kongsi sikit pengalaman semasa saya tolong formatkan laptop customer, model laptop Acer Aspire One AO756. Sebelum ni saya tak pernah lagi format mana2 model laptop Acer Aspire One. Tambahan lagi, previous operating system kat laptop tu adalah Windows 8. So, dalam proses mem-format laptop Acer Aspire One AO756 ni, saya mengambil masa agak lama jugalah, lebih kurang dua jam untuk try macam step untuk mula mem-format laptop tu... tu belum format lagi tu, baru nak mula je... haha.

First sekali, cabaran yang saya jumpa... system bios laptop ni x jumpa2 pendrive installer Windows 7 saya. "Ini sudah membahayakan, kalau tak jumpa pendrive macam mana nak mula format ni" kepala saya musykil time tu... haha. Saya musykil sekali lagi "Nak guna DVD installer Windwos 7 tak boleh, sebab tak ada DVD reader kat laptop ni", maklumlah kan Aspire One ni netbook, mana ada DVD reader macam laptop biasa.

Pening punya pening, dalam dah banyak kali try and learn tu, saya cuba tukar "Boot Mode" bios kepada "Legacy Bios", macam dalam gambar kat bawah ni. Alhamdulillah, berjaya... yeah, bios laptop ni dah jumpa pendrive saya, dengan gembiranya saya pun mula step by step untuk memformat laptop ni.


Seronok punya seronok, sampai beronok2... tengah ikut flow step installer Windows 7 ni, tiba2 boleh pulak, Installer Windows 7 ni tak boleh nak installkan Windows 7 pada hard disk laptop ni. Haha, wah... ini sudah mengarut ni, ada error keluar macam dalam gambar kat bawah ni. Dia tulis, "Windows cannot be installed to this disk. The selected disk is of the GPT partition style." Macam2 cara saya dah guna, format hard disk laptop ni guna GParted. "Eh? apa tu GParted?" InshaALLAH, saya akan beritahu function GParted ni dalam post saya yang lain.


Last2 bila dah habis cara dalam kepala saya, jalan mudah saya ambil adalah Google-kan je "Windows cannot be installed to this disk. The selected disk is of the GPT partition style." Alhamdulillah, saya jumpa caranya... Jumpa kat website Microsoft. Tapi cara ni bahaya sikit, sebab dia akan bersihkan keseluruhan file2 yang ada dalam laptop korang. So, kalau korang ada file kat hard disk "D", better korang backup dulu file2 tu.

"Ala bro, nak backup macam mana? Aku dah format hard disk "C" aku, mana ada Windows lagi nak ON dan Back Up balik"... Haha, yang ni korang jangan risau, apa kata korang guna Live Ubuntu untuk selamatkan semua file2 korang yang ada dalam hardisk "D". "Lah, Ubuntu ni binatang apa pulak?" Haha... InshaALLAH yang ni juga saya akan cerita dalam post yang lainnya. tunggu ya :D


Sambung balik cabaran "GPT partition style". Time korang dalam installation Windows 7 tu, korang terus taipkan [Shift]+"F10", bila ada Windows hitam keluar (Command Prompt), macam dalam gambar kat bawah ni, korang terus taipkan "diskpart" dan [Enter]. Lepas tu, korang akan nampak pilihan hard drive yang diskpart jumpa. Biasanya, hard disk korang adalah "Disk 0". Sekarang korang taipkan, "select Disk 0" then [Enter], pastu korang taipkan "Clean" dan [Enter]. Ok, sekarang korang tunggu sampai proses "Clean" tu selesai ya...


Lepas proses "Clean" selesai, korang taipkan "Exit" dan [Enter]. Pastu dalam installer, korang akan nampak hard disk korang dah bergabung jadi satu semula, daripada yang sebelum ni ada har disk "C" dan "D". Apa lagi kawan... terus create la disk baru untuk korang terus install Windows 7... Alhamdulillah, selesai juga cabaran saya mem-format laptop Acer Aspire AO756 ni.

Eh, baru saya perasan, cerita pengalaman saya macam bertukar kepada tutorial pulak, bukan apa saya tulis macam ni sebabnya saya nak korang dapat ilmu try and learn dan rasai pengalaman cabaran saya mem-format laptop ni, supaya bila korang ada chance untuk format laptop Acer Aspire AO756 korang dah boleh save time korang untuk try and learn, bukan try and error ya! hehe ^_^

Terima kasih kerana membaca. Pengalaman mengajar diri dan orang lain menjadi lebih hebat!
Mohamad Ariffin Zulkifli | Peace yo ^_^

Sumber gambar (TechWalls, SabilyBlogsphere)

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar korang semua? saya harap korang sihat walafiat... dan sentiasa berada dalam keadaan bermotivasi dan bersemangat dalam menempuh hidup yang banyak cabaran dan peluangnya untuk menemui kejayaan... InshaALLAH. Hari tu, dalam saya jalan2 dalam dunia maya, saya ternampak satu gambar menarik, himpunan 10 ayat2 "POWER" yang bakal mengubah gaya pemikiran korang.

Ayat yang paling saya suka dalam gambar tu, adalah ayat: "Comfort is the enemy of achievement". Simple je ayat ni tapi membawa seribu makna... Memang betul pun, kadang2 bila kita rasa dah selesa atau dah pandai kita rasa macam dah tak nak belajar lagi, tanpa kita sedar, kita dah masuk dalam zon selesa... betul tak? Korang jangan macam tu ya, cepat berasa selesa dengan sesuatu, teruskan je berusaha, peringatan ni pun untuk saya juga... hehe. Sebab tu cikgu kat sekolah selalu je cakap, "awas zon selesa kamu!".

Saya pernah terdengar dari seorang penceramah motivasi, dia cakap... "diri kita adalah pakar motivasi sebenar, walaupun kita dah pergi 100 ceramah motivasi, tapi kalau kita tak mula berbuat untuk berubah, tiada gunanya juga..." Ya, memang betul apa yang penceramah tu cakap, dalam Al-Quran ALLAH SWT berfirman:

“Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari hadapan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah ALLAH. Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila ALLAH mengkehendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” [QS Al-Ra’du, 13:11]

Nilah dia, gambar kat bawah ni, himpunan 10 ayat2 "POWER". Pasal zon selesa, salah satu ayat2 "POWER" tu. Ha, korang baca, perhatikan dan hayatilah ayat2 "POWER" kat bawah ni ya. Moga2, korang terkesan daripada ayat2 tu, kalau korang faham satu ayat pun dah cukup bagus dah tu.


 Terima kasih kerana sudi membaca. Jom Jadi Orang Yang Bermotivasi Tinggi.
 Mohamad Ariffin Zulkifli | Peace yo ^_^
Sumber gambar (9GAG)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Korang semua sihat? Korang pernah tak sertai seminar bisnes, lepas tu bila balik je dari seminar tu, ada satu perasaan yang rasa macam korang nak meletup lepas tu korang sangat2 yakin yang korang boleh terbang lebih tinggi dari tempat yang korang berada sekarang? Itulah apa yang saya rasa selepas saya pertama kalinya saya sertai seminar yang diberikan oleh Dr. Azizan Osman.

Sebelum ni, saya memang dah tahu lama Dr. Azizan Osman ni, dia memang terkenal dengan Rahsia Tarikh Lahir. Tapi sekarang dia banyak buat seminar bisnes, demi untuk membantu usahawan @ peniaga diluar sana yang berniaga, tapi perniagaan tak maju2, dari dulu keuntungannya, memang tak seberapa, Dulu, Kini dan Selamanya... haha, dah macam tagline UMNO lah pulak. sorry ya, tak de kena mengena dengan mana2 badan politik di Malaysia. peace ^_^

Dr. Azizan Osman membantu usahawan @ peniaga dengan menyedarkan mereka diluar sana dengan pentingnya keberadaan Mentor, Elmu, Sistem, Tindakan dan Intention dalam setiap apa pun bidang perniagaan. Dr. Azizan Osman ada cerita yang Kaum Cina meletup2 dalam bisnes sebab, diorang memang ada Mentor untuk setiap bisnes yang diaorang ceburi. Saya pun teranguk2 time Dr. Azizan Osman cerita macam tu, "Owh, kena ada Mentor rupanya?".

Yang paling buat saya terkesima, bila Dr. Azizan Osman sebut tentang hubungan kita dengan ALLAH dan hubungan kita dengan MANUSIA, terutamanya dengan hubungan kita dengan Ibu Bapa kita. Dr. cakap kenapa banyak orang buat sesuatu tak kiralah perniagaan ataupun perkerjaan, asyik tak menjadi je. Rupa2nya, benda yang asyik kita buat tak menjadi tu, bukan sebab tak de rezeki, cumanya kita terlepas pandang hubungan kita dengan ALLAH dan Ibu Bapa, cuba kita tanya diri kita, agak2lah kan, apa yang kita buat hari2 ni, Ibu Bapa kita restu tak?

Haha, saya pun tercengang kat situ. Mula terfikir, "YA ALLAH, aku tak pernah pun minta dan tanya pada Abah dan Ibu aku, diaorang restu tak apa yang buat..."

Lepas tu yang paling best, Dr. Azizan Osman ajar macam mana nak menarik benda2 positif datang dalam diri kita. Korang perasan tak yang kebanyakan dari kita suka bercakap dan berfikir benda2 yang negatif je... Dr. Azizan Osman cakap, apa yang kita difikir dan kita cakap menjadi doa buat kita.

Perasan tak, wall Facebook korang selalu jadi bahan benda2 negatif. Ni je lah yang biasa saya nampak, "Kurang hajar punya minah, ada ke patut dia rampas BF aku", "boringnya hidup hari ni" dan macam2 lagilah yang korang perasan, yang kebanyakannya cemuhan, kata2 kesat, pandangan negatif, mengata orang dll.

Dr. Azizan Osman kata, cuba kita ubah diri kita, ubah cara kita berfikir dan bertindak dengan gaya yang positif, InshaALLAH, kita akan sedar yang kita akan mula dikelilingi dengan benda2 positif, dan kita akan mula pelik dengan perubahan kehidupan kita yang sudah mula menuju kejayaan, yang dulunya hanya angan2 kita yang sekarang menjadi realiti...

Pada saya, benda paling yang Dr. Azizan Osman cakap adalah "Tindakan". Dr. cakap dia tak boleh nak bagi "TINDAKAN" pada peserta seminar, sebab tindakan ni atas usaha diri sendiri. Dr. cakap ALLAH SWT berfirman,

“Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari hadapan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah ALLAH. Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila ALLAH mengkehendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” [QS Al-Ra’du, 13:11]

Banyak lagi saya nak kongsi, tapi tak best pulak kan... apa kata korang sendiri yang pergi seminar ni. Mini Seminar Magnet Kekayaan dan Kejayaan ni PERCUMA je. "Say what, PERCUMA?" Ha, yelah PERCUMA tak percaya pergi la website Seminar ni. [klik sini]

Cumanya lokasi yang Masih Available adalah Sandakan, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Tawau, Melaka, Shah Alam, Johor Bahru, Kuantan, Kota Bharu dan Penang. Korang boleh terus daftar secara online kat website Seminar tu.

Terima kasih kerana sudi membaca. Jom Berubah Jadi Positif Untuk Jadi Kaya dan Bahagia.
 Mohamad Ariffin Zulkifli | Peace yo ^_^


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Korang semua apa khabar? Saya harap korang semua dalam keadaan sihat walafiat. Saya harap agar kita selalu berdoa kepada ALLAH SWT, agar kita sentiasa dalam keadaan sihat dan ceria selalu tanpa kemurungan. InshaALLAH.

Alhamdulillah, malam ni saya baru je lepas habis meeting dengan sahabat2 saya, kami rancang nak buat kem Zero to Hero, bermula pada 11 hingga 13/10/2013 ni,  untuk para pelajar Asasi UMS dan pelajar Matrikulasi Labuan.

Tiada apa yang best sangat dalam perbincangan kami. Cumanya, saya nak kongsikan sebuah cerita kepada korang semua... Cerita ni salah seorang sahabat saya kongsikan, semasa dalam meeting kami, untuk mewujudkan semula suasana ceria dalam ketegangan meeting kami... hehe. Korang tengoklah tajuk post saya malam ni, tulah dia tajuk ceritanya. Korang ambillah cerita ni jadi motivasi kepada hidup korang, yang mungkin ada diantara korang tegah murungkan sekarang ni...

Alkisah...

Seorang murabbi datang mendampingi mutarabbinya, yang entah kenapa mutarabbinya sering murung sahaja kebelakangan ini. "Kenapa ana tengok, muka antum asyik murung je ni? Antum ada masalah ke?" Tanya si Murabbi.

"Entahlah Akh, susah ana nak cakap, ana banyak sangat terbeban dengan masalah sekarang ni. Susah untuk ana tersenyum. Masalah tu asyik datang je," jawab si mutarabbi sambil mengeluh.

Si Murabbi tersengih melihat, keluhan mutarabbinya. "Akh, boleh antum ambilkan ana segelas air dan dua genggam garam? Ana ingin memperbaiki semula hati antum yang dalam gelisah tu." Perintah si Murabbi sambil memberi solusi.

Si mutarabbi pun berusaha mengambil apa yang disuruh murabbinya, walaupun dalam keadaan terpaksa.
Si mutarabbi pun, melaksanakan perintah murabbinya dan datang semula kepada Murabbinya.

"Ok, Akh cuba antum masukkan segenggam garam tu dalam segelas air tu," kata si Murabbi.
"Ok, cuba minum sikit air tu?" Perintah si Murabbi sambil tersengih, tahu mutarabbinya akan terkelat kemasinan.

Tanpa berfikir apa2, si mutarabbi pun minum sikit segelas air tu.
Lepas minum sikit, wajah si mutarabbi pun bertukar menjadi kelat.

"Macam mana rasa dia?" tanya si Murabbi sambil tersenyum.

"Akh, antum nak seksa ana ke? Sangat2 masin... huhu" jawab si mutarabbi dengan wajah yang kekelatan.

Si Murabbi ketawa sahaja melihat wajah mutarabbinya yang kekelatan menahan kemasinan.
"Ok, sekarang antum ikut ana." Perintah si Murabbi kepada mutarabbinya untuk mengikutinya.



Si Murabbi membawa mutarabbinya ke tasik berdekatan dengan tempat mereka.
"Ok, sekarang segenggam garam yang satu lagi, antum tebarkan ke tasik tu" Arah si Murabbi kepada mutarabbinya.

Tanpa berfikir apa2, si mutarabbi pun tebarkan segenggam garam tu ke tasik, tanpa bertanya.
Rasa masin yang dimulutnya masih lagi tak hilang. Dia rasa macam nak meludah je, tapi dia fikir macam tak sopan pula nak meludah depan murabbinya.

"Ok, sekarang cuba antum minum sedikit air tasik tu, jangan risau... InshaALLAH bersih" kata si Murabbi sambil mencari batu yang selesa untuk didudukinya, di tepi tasik.

Si mutarabbi pun menangkupkan kedua tangannya, mengambil air tasik, dan mula meneguk air tasik yang segar itu. Ketika air tasik yang dingin dan segar mengalir di kerongkongnya, si Murabbi pun bertanya kepada mutarabbinya, "Macam mana rasa air tasik tu?"

"Hehe, segar sekali Akh," kata si mutarabbi tersengih sambil mengelap bibirnya dengan tangannya.

"Antum ada rasa masin, garam yang antum tebarkan tadi?" Tanya si murabbi kepada mutarabbinya.

"Hehe, tak de Akh, terasa sedap pulak air tasik ni" kata si mutarabbi tersengih sambil mengambil air dan meminumnya lagi, untuk menghilangkan rasa masin yang masih pekat dilidahnya.

Si murabbi hanya tersenyum melihat gelagat mutarabbinya, terus membiarkan sebentar mutarabbinya meminum air tasik yang segar.

"Akh," menyelah si Murabbi setelah mutarabbinya selesai minum.



"Segala masalah dalam hidup ni samalah macam segenggam garam tadi. Tak kurang, tak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang antum rasai sepanjang hidup antum, itu sudah menjadi ketetapan ALLAH swt, sesuai untuk diri antum. Setiap manusia yang lahir ke dunia ni pun sama je semuanya. Tak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah." Jelas sang guru kepada si mutarabbi yang mula fokus mendengar.

Si mutarabbi terus terdiam, mendengarkan apa yang dijelaskan murabbinya.

"Tapi Akh, ni ana nak bagitahu pada antum, rasa masim ibaratnya adalah penderitaan yang antum alami,  sangat2lah bergantung kepada betapa cekalnya Hati antum untuk menampung dan menerimanya dengan Ikhlas."

"Jadi Akh, kalau antum tak nak rasa sedih dan menderita, berhentilah jadi Gelas. Antum, jadikanlah Hati didalam dada antum tu sebesar tasik tadi, lapangkanlah seluas2nya untuk menerima cabaran dan ujian dalam hidup. InshaALLAH, smeuanya akan tenang..."

Ha... tamat. "Eh, dah habis dah cerita dia?" Yelah, habis dah... nak panjang lagi ke? Korang create la sambungan cerita ni... hehe. Tulah dia cerita tentang kehidupan ni kawan2, tatkala kita susah dan gelisah... InshaALLAH, ada orang lain yang akan cuba gembirakan kita semula, itulah seronoknya berukhwah ni.

InshaALLAH, kawan2... kalau korang nak rasa ketenangan dalam hidup ni mudah je sebenarnya, ingatlah ALLAH... ALLAH ada jelaskan tentang ketenangan dalam firmannya, dalam Surah Ar-Ra'du, ayat ke 28.

“(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH. Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAHlah hati menjadi tenteram.” [QS Ar-Ra’du, 13:28]

So, kawan2 kalau korang tengah dalam kegelisahan, cepat2lah ingat pada ALLAH SWT, mudah2an sama2 kita peroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat. InshaALLAH... Sebab tu lah, kita selalu disarankan supaya mengambil wudhu', membaca Al-Quran @ lakukan solat sunat tatkala kita dalam kekecewaan, kegelisahan, sedih mahupun marah... WALLAHu A'lam.

Terima kasih kerana membaca. Jadilah orang yang tatkala gelisah dan marah, cepat kembali tenang moga kita mendapat rahmat dan keredhaanNya.
 Mohamad Ariffin Zulkifli | Peace yo ^_^
 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Amacam, korang sihat? Saya doakan korang semua sihat walafiat. Masih lagi kuat untuk terus hidup dengan lebih baik dari hari ke hari. Korang kalau boleh jangan pernah ada perkataan "give up" dalam minda korang tau. Tapi kalau down tu takpe, sebab bagi saya itu lumrah hidup kadang2 kita ada "up" dan kadang2 kita ada "down". Tapi berbeza dengan give up, bagi saya makna give up ni, adalah down selama2nya.

Hari ni, saya cuba yang terbaik nak tulis dan kongsikan post motivasi ni, pada korang semua. Korang perasan tak kadang2 kita selalu ada anggapan yang kita ni, kurang hebat berbanding kawan kita tu. Yelah, dia pemidato, pandai bercakap, sosial hebat dan macam2 lagi la. Bila kita tengok diri kita, kita pulak yang tanya diri kita? Kenapa aku tak hebat eh?

Korang jangan macam tu tau, cuba korang ubah persoalan tu jadi macam ni, apa positif yang saya perlu lakukan lagi ni eh? Korang perasan tak, secara tak langsung korang dah membenarkan minda separa sedar korang berfikir untuk bertindak positif. 

Berbanding tadi, korang mempersoalkan, kenapa aku tak hebat? Jangan tanya, macam tu lagi tau, secara tak sengaja korang dah membenarkan minda korang berfikir yang korang ni memang lemah dan tak hebat, seterusnya membenarkan minda separa sedar korang berfikir dan bertindak tak hebat. Walhal, kalau korang nak tau, ALLAH ciptakan kita semua ni cukuplah hebat, cuba korang fikirkan dalam2. Tengok je la, dalam firman ALLAH, Surah At - Tin, Ayat 4:
"Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya."
[At -Tin, 95:4]
Nampak kan, ALLAH sendiri dah bagitahu kita ni sempurna, hebat... Jadi korang tak bolehlah anggap korang tak hebat tau. Korang hebat yakinlah. Tapi jangan berubah sampai jadi sombong pulak ya, nanti ALLAH tak suka... hehe


So, macam mana nak jadi orang yang hebat? InshaALLAH ni tips dia, korang kenalah jadi orang yang suka berkongsikan Ilmu yang korang ada ngan orang lain, bantu orang lain berIlmu macam korang juga. Tak kisahlah Ilmu apa pun, kongsikan je, kalau kawan kita yang paling rapat tak nak dengar, jangan risau kat dunia ramai manusia, korang berkawanlah dengan seramai2 orang. Sebab kita hidup kat dunia ni memang untuk saling berkenalan antara satu sama lain, dalam firman ALLAH, Surah Al - Hujurat, Ayat 13:

“Wahai manusia, Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia diantara kamu disisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, ALLAH Maha Mengetahui, Mahateliti.”

Setiap orang kat dunia, sukakan Ilmu, sebab tanpa Ilmu diaorang tak boleh nak tingkatkan value dalam diri. So, dari sekarang ni korang sebarkanlah sebanyak2nya Ilmu yang korang ada tu, jangan bekukan Ilmu tu dalam otak korang, untuk korang sorang je, kongsikan je manfaat terbaik untuk orang lain juga. Bila korang dah mula bagi manfaat kat semua orang sekeliling korang, InshaALLAH, korang akan jadi orang yang hebat dan terbaik. Rasulullah bersabda,

Daripada Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda maksudnya: "Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain." (Riwayat al-Baihaqi, Sahih al-Jami' al-Shaghir wa Ziyadatihi, al-Maktab al-Islami, cetakan ke-3, Beirut, 1408H, no:3289)

So, macam mana sekarang? Nak jadi hebat? berkongsilah... Kita kan hidup dalam kelompok manusia yang besar, nak jadi hebat, jadilah orang yang berIlmu, korang pasti menonjol... pastu, bertindak dan berakhlak seperti orang yang ada Ilmu, jadi proaktif sikit... hehe. Saya harap pasni, korang semua akan jadi orang yang hebat2 belaka semuanya. AMIN... Kalau ada positif yang saya perlu lakukan lagi dalam post ni, korang komen la ya... hehe.

Jenguk2 la Page Facebook saya ya... hehe, boleh la tolong "like2" kan sekali, peace ^_^

Terima kasih kerana membaca. Sentiasa positif dan optimis orang lain mudah dekat dengan kita.
 Mohamad Ariffin Zulkifli | Peace yo ^_^

Kredit gambar (TheB2BMarket, Paqoo)

Translate

Contact Form

Name

Email *

Message *