SELAMAT DATANG

Pengalaman, Cetusan Inspirasi!
MOHAMAD ARIFFIN ZULKIFLI

Website Download Blogspot Template Secara Percuma



By  Unknown     Wednesday, November 06, 2013    Labels:, 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Korang semua apa khabar? Saya doakan korang sentiasa dalam keadaan sihat dan bahagia. Ramai kawan2 yang tanya kat saya. "Ariffin, cantiklah template blog ko, download kat mana?" Ha, sebelum saya bagitahu saya download kat mana. Saya akan cerita sikit pengalaman saya dalam exploring template2 blogspot yang cantik dan meletop!

Saya ni jenis yang sukakan benda2 yang cantik dan tersusun. So, template blog saya pun, saya nak cari yang cantik dan tersusun juga. Korang mesti sukakan, baca blog yang tersusun rapi, cantik dan tak berserabut? betul tak? Ha, kalau korang tersenyum tu, betul la tu, cakap saya ni. hehe...

So, dari situ, dari awal target saya nak buat blog, benda pertama yang saya buat adalah dengan exploring, kebanyakan website yang menawarkan template blogspot yang boleh didownload secara percuma. Dah banyak website dah saya masuk. keluar masuk website, taip dan cari dalam Google. Alhamdulillah, pada satu hari tu, saya terjumpa satu website yang menawarkan template2 blogspot yang menarik perhatian saya, plus template2 tu PERCUMA je pulak tu.


First time saya jumpa website tu, saya dah dapat agak dah, kebanyakan template2 blogspot yang ditawarkan kat website ni mesti, menarik2 belaka dan mengikut citarasa saya. Tekaan saya betul, memang menarik template2 blogspot kat website tu. Punyalah rambang mata saya nak pilih mana satu, yelah kan FREE je template2 tu. So, hati ni agak berbolak-balik lah nak pilih template yang mana satu. Last2, bila dah tengok semua demo template, saya jumpa template yang saya gunakan untuk blog saya sekarang nih.

"Eh, Bro apa nama website tu?" Okay, jangan marah2... hehe. Nama website tu adalah soratemplates. Kat website ni, semua template2 blogspot yang ditawarkan, korang boleh download secara PERCUMA. Lepas korang dah download template tu, korang bolehlah edit template tu ikut kesesuaian citarasa korang.

Saya harap, sharing saya ni ada manfaat pada korang semua. Kalau tak banyak pun adalah sikit. hehe... Orang bertanya, saya jawab dan saya share pada orang ramai lagi. Mudah2an, lepas ni blog korang dapat dihiasi dengan template2 blogspot yang menarik. Korang yang ada pengalaman download template2 blog yang menarik, bolehlah kongsi dengan saya dan pembaca semua, komen je kat bawah ni... hehe.

Terima kasih kerana membaca. Saya suka bantu orang lain dan buat mereka tersenyum lebar.
Mohamad Ariffin Zulkifli | Peace yo ^_^

Unknown

He's 25 years old geek, eager to learn about latest and existing technology then inspire others with knowledge. He's entusiast in fields, which related to technology, electronics, computer science, especially in field of Big Data and Internet of Things.

1 comment:


Translate

Contact Form

Name

Email *

Message *