Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Korang dah ada yang tidur? Jangan jadi macam saya ya, lambat tidur sebab nak update blog ni... hehe. Saya tengah duk fikir ni nak cerita apa malam ni kat korang semua... haha. Ha, hari ni saya dah start balik buat bisnes kecil2an, buat servis format laptop kat UMS. Sebelum ni saya memang pernah buat servis format laptop ni, tapi berhenti sebab terlalu sibuk dengan study kat UMS ni.
Kalau dalam servis format laptop orang ni, saya dah lama berpengalaman sejak dari matrikulasi lagi, InshaALLAH. Itu pun atas berkat tunjuk ajar kawan saya, semasa di matrikulasi dulu. Saya memang tak boleh lupakan jasa kawan saya, dia banyak mengajar saya dalam bidang IT. Nama kawan saya itu adalah Shazmil Zahri, korang bolehlah jumpa dia kat Facebook ya.
InshaALLAH setakat ni, semua laptop kawan2 dan orang lain yang saya formatkan, diaorang semua puas hati dengan servis saya. Diaorang cakap servis saya lengkap, kedai pun kalah... hehe, lebih kurang macam tulah apa yang diaorang katakan. Niat saya satu je, nak buat orang lain tersenyum. Jadi, dalam servis, saya akan bagi servis yang paling tip-top supaya bila diaorang dapat semula laptop diaorang... diaorang terus gembira dan tersenyum.
Senyuman yang keluar dari muka diaorang tu yang saya perlukan, sebab tanda diaorang tersenyum tulah tanda diaorang sukakan servis saya. InshaALLAH, kali ni... saya akan tetap dengan gaya lama saya, bagi servis paling tip-top kat pelanggan saya semuanya.
Ha, korang pulak macam mana? korang tengah buat bisnes apa sekarang ni? Bolehlah kongsi2 kat kami semua, saya termasuk kawan2 lain yang baca post saya ni. Manalah tau, korang ada idea bernas untuk buat bisnes kita semua jadi meletup macam gunung berapi yang meletus... hehe. Korang bolehlah komen2 kat bawah ni, tentang bisnes apa yang korang tengah buat sekarang ni... hehe.
Terima kasih kerana sudi membaca. Buatlah apa sahaja untuk buat orang tersenyum.
Mohamad Ariffin Zulkifli | Peace yo ^_^
Sumber gambar (reputation.com, PCWorld)
No comments:
Post a Comment