SELAMAT DATANG

Pengalaman, Cetusan Inspirasi!
MOHAMAD ARIFFIN ZULKIFLI

Software Terbaik Untuk Edit Template Blogspot



By  Unknown     Tuesday, September 24, 2013    Labels: 




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Amacam, korang sihat hari ni? Saya harap korang sihat selalu ya. Hari ni, saya nak kongsikan sikit software apa yang saya guna untuk edit HTML template blog saya ni.

Sebenarnya ada banyak cara, yang korang boleh guna untuk edit HTML template blog. Tapi kali ni, saya nak kongsikan satu software yang terbaiklah bagi saya untuk edit HTML template blog. Sebelum ni, saya banyak edit HTML guna software Adobe Dreamweaver, tapi sekarang ni saya lebih suka guna software Notepad++ je dan Adobe Dreamweaver saya dah jarang pulak nak guna. Nak tahu kenapa? teruskan membaca ya... hehe.

Saya suka guna software Notepad++ untuk edit HTML template blog sebab, software ni ringan, mudah dan percuma. Say what? Percuma? Bro Ariffin... hang biar betul? Software edit HTML ni percuma? Eh, kamu ni betullah percuma, tak kan saya nak tipu pulak. Tak percaya ke? Ha, download je dulu software ni, secara percuma kat website Notepad++. Korang boleh download kat sini: Download Notepad++.

Amacam? betulkan percuma, tu la saya cakap, korang tak percaya. Pastu, bila korang dah dapat download, korang terus install kan software tu ya, macam dalam gambar kat bawah ni.


Lepas selesai je korang install software Notepad++, korang akan nampak macam mana bentuk software tu, macam dalam gambar kat bawah ni. Macam2 features ada kat software ni, tapi saya selalu guna untuk edit HTML je... hehe.


Ok, sekarang ni, saya nak bagi tahu kenapa saya suka guna Notepad++ ni, untuk edit HTML template blog. Pertama, bila saya buka file .xml (file template untuk blogspot), Notepad++ terus jadi macam software HTML editor, ada code yang di highlight dan ada code yang tak di highlight untuk membezakan antara code dan comment dalam coding HTML tu. Kalau pakar2 HTML biasa cakap, Syntax Highlighting. Kedua, software ni, akan terus detect bahagian2 code HTML dalam file xml tu dan terus buat macam bahagian-per-bahagian, contohnya bahagian head, body, widget dan footer. Kalau pakar2 HTML biasa cakap, Syntax Folding.

Ketiga, korang mesti peningkan nak cari bahagian dan tengok coding HTML yang panjang berjela-jela, jadi apa yang bagusnya Notepad++, bila korang klik bahagian awal satu2 bahagian dalam coding HTML tu, dia akan terus detect bahagian last, satu2 bahagian dalam coding HTML yang berjela2 tu. Contohnya, saya ambil bahagian widget dalam coding template HTML, macam dalam gambar kat bawah ni


Korang perasan tak? bila saya klik bahagian awal coding widget tu (<b:widget), Notepad++, terus highlight sekali bahagian akhir widget tu (</b:widget). Jadi apa yang senangnya, korang tak perlu lagi mencari mana bahagian akhir widget tu bila guna software ni, korang da boleh terus nampak awal dan akhir bahagian widget tu, apalagi korang boleh buat apa yang korang nak, nak delete atau nak edit. Tapi saya nak delete bahagian widget ni, sebab tak digunakan dalam blog saya nanti... hehe.

Walaubagaimanapun, software ni agak tak sesuai untuk korang create coding HTML dari mula/scratch, sebabnya software ni, dia tak da features debugging. Sebab tu lah, saya bagi tau kat korang tadi awal2, bagi saya software ni terbaik untuk edit HTML je... Tapi kalau pakar HTML, diaorang lagi hebat create coding HTML guna Notepad Windows je, dahsyat2... saya tak sampai ke situ lagi... haha.

Ha, itulah dia serba-sedikit maklumat yang saya dapat kongsi kat korang kenapa saya suka guna Notepad++ ni. Mudah2an lepas ni kerja mengedit template blog korang lebih mudahlah ya, bila korang guna software ni. Selamat mencuba ya.

Jenguk2 la Page Facebook saya ya... hehe, boleh la tolong "like2" kan sekali, peace ^_^

Terima kasih. Tolong kawan dalam kebuntuan dan kesusahan, buatlah mereka tersenyum.
 Mohamad Ariffin Zulkifli | Peace yo ^_^

Unknown

He's 25 years old geek, eager to learn about latest and existing technology then inspire others with knowledge. He's entusiast in fields, which related to technology, electronics, computer science, especially in field of Big Data and Internet of Things.

2 comments:


Translate

Contact Form

Name

Email *

Message *