SELAMAT DATANG

Pengalaman, Cetusan Inspirasi!
MOHAMAD ARIFFIN ZULKIFLI

Cara Setup Saiz dan Margin Page Microsoft Word



By  Unknown     Friday, September 27, 2013    Labels: 



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Amacam korang semua, sihat ke? Saya doakan supaya korang sentiasa sihat dan ceria. Hari ini, saya nak kongsi kat korang macam mana nak setup margin page dalam Microsoft Word. Kalau korang pelajar IPT tahun akhir mesti korang disuruh untuk buat thesis kan? betul tak? Lepas tu thesis tu mesti kena ikut format yang betulkan? Macam2 format kena buat, termasuk kena setup saiz page dan margin page pada thesis korang.

Saya, ex-student Universiti Malaysia Sabah (UMS), dalam jurusan Kimia Industri. Kalau sekolah (U lain panggil fakulti) saya, format saiz page dan margin page untuk Sekolah Sains dan Teknologi (SST), adalah macam ni:

Saiz page: A4,
Margin atas: 30 mm,
Margin bawah: 25 mm,
Margin kiri: 38 mm,
Margin kanan: 25.

So, untuk setup saiz page dan margin page, first sekali korang buka dulu Microsoft Word macam biasa, macam gambar kat bawah ni.


Pastu korang pergi ke tab "Page Layout", kat situ korang akan nampak pilihan untuk "Margins" dan "Size". So, untuk setup saiz page, korang klik "Size" dan pilih "A4 | 210 mm x 297 mm", ok settle setup saiz page korang, macam dalam gambar kat bawah ni.


Second, untuk setup margin page korang, dalam tab yang sama "Page Layout", korang klik pulak "Margins" dan pilih "Custom Margins...", macam gambar kat bawah ni.


Pastu, korang akan nampak keluar windows baru "Page setup", macam gambar kat bawah ni. 


Kat windows ni, korang nampak kan, bahagian Margins tu, ada Top:, Bottom:, Left: dan Right:, ha korang boleh lah tukar size margin yang korang nak. Kalau setup saya, macam dalam gambar kat bawah ni.


Bila korang dah masukkan semua saiz margin yang korang nak, pastu terus klik "OK". Ha, dah siap setup pun, saiz page dan margin page korang untuk thesis atau apa2 dokumen la yang korang tengah buat sekarang ni.

Senang je kan? Ha, tulah saya cakap tak percaya. Lepas ni, bolehlah korang tolong2 sekali kawan2 korang yang tengah tension macam mana nak setup format thesis diaorang tu.

Jenguk2 la Page Facebook saya ya... hehe, boleh la tolong "like2" kan sekali, peace ^_^

Terima kasih. Tolong kawan dalam kebuntuan dan kesusahan, buatlah mereka tersenyum.
 Mohamad Ariffin Zulkifli | Peace yo ^_^

Sumber gambar (Word2010Tutorials)

Unknown

He's 25 years old geek, eager to learn about latest and existing technology then inspire others with knowledge. He's entusiast in fields, which related to technology, electronics, computer science, especially in field of Big Data and Internet of Things.

3 comments:


Translate

Contact Form

Name

Email *

Message *