SELAMAT DATANG

Pengalaman, Cetusan Inspirasi!
MOHAMAD ARIFFIN ZULKIFLI

Bisnes Kolagen Rumpai Laut Sabah



By  Unknown     Wednesday, October 09, 2013    Labels:, 


Saya menjual rumpai laut kering untuk semua variasi gred. Korang nak gred yang mana, gred AA (Kuning/Putih), AAA (Ungu) atau AAAA (Hijau). Setiap gred rumpai laut ni mempunyai khazanah dan khasiatnya yang tersendiri. Kebiasaannya, pelanggan saya tak panggil rumpai laut, tapi diaorang panggil Pure Marine Collagen ataupun, Sea Bird's Nest.

Untuk pengetahuan korang semua, hasil penyelidikan memang membuktikan bahawa rumpai laut ni, tidak mempunyai collagen, sebabnya collagen hanya terdapat dalam badan manusia dan haiwan sahaja, kebanyakan tumbuhan termasuk rumpai laut tidak mempunyai collagen. Walaupun begitu, ciptaan Maha Kuasa yang hebat ni, tidak mempunyai collagen, tetapi khazanah dan khasiatnya sungguh luarbiasa...

Rumpai laut ni terbukti boleh membantu mengekalkan collagen dalam kulit korang. So, InshaALLAH, korang akan kekal cantik dan nampak gebu. Cer korang tengok apa kata pakar dari UPM ni:

"Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," - Dr. Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.

Kalau mengikut testimoni kebanyakan pelanggan pulak, rumpai laut ni memang terbukti berupaya menghilangkan jeragat/jerawat yang susah nak hilang pada muka dan melicinkan semula rekahan kulit pada tumit kaki, korang biasa tengokkan rekahan kat tumit tu, biasanya selalu berlaku kat orang yang dah berumur. Kalau korang perhatikan testimoni ni je, korang mesti dah dapat agak kelebihan khazanah dan khasiat rumpai laut ni.

Eh korang, ada lagi satu testimoni yang buat saya terkejut dari seorang pelanggan wanita dari Klang, Selangor, merupakan seorang Ibu kepada 4 orang anak. Testimoni dia, membuatkan saya makin teruja dengan kehebatan Maha Esa. Pelanggan saya tu cakap, sebelum dia mengamalkan memakan rumpai laut ni, setiap kali dia mahu menjahit dia mesti memerlukan cermin mata untuk mula menjahit kerana masalah rabun. Tetapi, Alhamdulillah selepas memakan rumpai laut, dia tidak lagi memerlukan cermin mata. MasyaALLAH, hebatnya ALLAH menciptakan rumpai laut yang kita tak sangka2 mempunyai khazanah dan khasiat yang tak disangka2 boleh merawat kerabunan.

Apa korang tunggu lagi, mari beli rumpai laut ni dari saya, saya jual murah2 je:

GRED AA (Kuning/Putih) | RM 4.00 (100g)


GRED AAA (Ungu) | RM 5.00 (100g)



GRED AAAA (Hijau) | RM 6.00 (100g)



#Kos penghantaran (PosLaju):
Sabah-Semenanjung | RM 7.00 [Max. 5 paket]
Semenanjung-Semenanjung | RM 4.50 [Max. 5 paket]
Kalau korang nak order lebih dari 5 paket, kadar kos penghantaran adalah berbeza ya :D

*Untuk pengiraan kos penghantaran ni, korang bolehlah rujuk kat website Pos Malaysia [klik sini]

Berminat, bolehlah terus PM pada saya, di Facebook Page (Blog Ariffin Zulkifli) saya ya :D

Kalau korang perasan dalam gambar2 rumpai laut dalam pek seratus gram kat atas ni, ada nama Zuhaimah | 016 - 744 9151. Dia adalah agen pengedar saya dekat semenanjung. Kalau korang duduk kat semenanjung Malaysia, korang bolehlah contact Pn. Zuhaimah, orangnya peramah tau... hehe. Kalau korang duduk semenanjung dan beli dari Pn. Zuhaimah, korang akan jimat pada kos penghantaran. Kalau tak pun, korang boleh terus PM saya, dan saya akan informkan pada Pn. Zuhaimah, okay :D

Sebenarnya, saya galakkan korang berniaga. Korang berminat nak jadi agen jualan rumpai laut saya? Saya boleh bagi harga lebih murah lagi dari harga biasa. Kalau berminat, terus PM saya ya :D

Terima kasih sudi melawat kedai saya. Rumpai laut merupakan formula semula jadi kecantikan anda.
 Mohamad Ariffin Zulkifli | Peace yo ^_^

Unknown

He's 25 years old geek, eager to learn about latest and existing technology then inspire others with knowledge. He's entusiast in fields, which related to technology, electronics, computer science, especially in field of Big Data and Internet of Things.

No comments:

Post a Comment


Translate

Contact Form

Name

Email *

Message *