SELAMAT DATANG

Pengalaman, Cetusan Inspirasi!
MOHAMAD ARIFFIN ZULKIFLI

Cara Mudah Nak Ringkan Komputer



By  Unknown     Wednesday, September 25, 2013    Labels: 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar komputer korang, berat tak? Mesti korang boringkan bila komputer korang dah mula asyik "hang" je. Ok, kalau korang boring saya ada cara paling mudah macam mana nak jadikan komputer korang ni ringan balik.

Tapi sebelum tu, saya nak bagitahu dulu kenapa bila dah lama2 korang guna komputer korang, dia dah mula "hang". Sebenarnya, komputer korang ni suka simpan apa je yang korang tengok, tak kira korang buka facebook ke, korang buka Google ke, korang buat kerja atau assignment ke, apa2 pun la yang korang buat komputer akan simpan semua maklumat tu dalam bentuk temporary file.

Walaupun lepas tu, korang tak kan pernah punyalah, nak gunakan pun temporary file tu pun. Komputer korang tetap juga simpan apa2 yang korang tengok dan buat pada komputer korang, kecuali bila komputer korang dah meletup... haha, sorry dalam kata baiknya komputer korang dah rosak. Ye la, bila dah rosak nak tengok apa lagi, komputer dah blank nak simpan apa lagi... haha


Jadi bila korang asyik guna komputer, guna dan guna, berbulan2... lama2 temporary file tu dah jadi makin banyak menyemak dalam komputer korang. Bila dah makin banyak, komputer korang pun jadi berat la, tu yang "hang" tu.

So, ni yang saya nak kongsikan sikit ni macam mana nak ringankan balik komputer korang yang dah berat ni. Benda pertama korang kena buat adalah download software CCleaner ni, korang boleh la download kat sini: Download CCleaner. Bagi saya, software ni lah, software yang paling mudah sekali nak bersihkan segala temporary file yang ada dalam komputer korang, sampai jadi berat dan "hang" tu. Sebab apa? hehe, teruskanlah membaca ya.

Lepas korang dah download, installkan software tu macam biasa, macam gambar kat bawah ni.


Bila dah siap install, korang dah boleh nampak la macam mana rupa bentuk CCleaner ni, macam gambar kat bawah ni


So, lepas korang install, tanpa korang buat apa2 lagi pada software tu, korang terus klik "Analyze" pada software tu. Software tu akan cari semua temporary file dalam komputer korang, macam gambar kat bawah ni. Cer, korang tengok berapa banyak korang punya file menyemak yang ada dalam komputer korang. Kalau saya, 130.2 MB.


Kadang2kan bila dah lama2, file menyemak tu boleh mencecah sampai 8 GB korang tau tak? Pernah dulu, saya installkan software ni kat komputer orang, pastu terus buat cek, "Analayze", lepas analyze file menyemak ada lebih kurang 8.56 GB hampir 9 GB kot, pergh membazir... Boleh simpan 9 movie kot, dengan 9 GB tu... haha.

Lepas analyze siap, apa tunggu lagi... korang terus klik "Run Cleaner" dan klik "OK". Lepas CCleaner bersihkan semua temporary file tu, dia akan keluar notice macam dalam gambar kat bawah ni. "130.2 MB removed". Eh, klik2 je, dah removed semua file2 menyemak tadi tu? Eh, ye lah, tulah sebabnya kenapa saya suka guna software ni


So, macam mana? Senangkan nak ringkan komputer korang. Hanya dengan beberapa klik je, semua file menyemak, yang buat komputer korang berat hilang sekelip mata. Saya bagi korang tips, supaya korang Run CCleaner ni, tiap2 minggu, nanti bolehlah korang rasakan sendiri makin lama ringan pulak komputer korang, bukan makin berat.

Jenguk2 la Page Facebook saya ya... hehe, boleh la tolong "like2" kan sekali, peace ^_^

Terima kasih. Tolong kawan dalam kebuntuan dan kesusahan, buatlah mereka tersenyum.
 Mohamad Ariffin Zulkifli | Peace yo ^_^

Sumber gambar (MemeGenerator)

Unknown

He's 25 years old geek, eager to learn about latest and existing technology then inspire others with knowledge. He's entusiast in fields, which related to technology, electronics, computer science, especially in field of Big Data and Internet of Things.

No comments:

Post a Comment


Translate

Contact Form

Name

Email *

Message *